Percutian ke Jakarta Hari Pertama

Sempena cuti sekolah telah bermula kami sepakat untuk berjalan-jalan ke Jakarta. Asalnya hendak ke Chiang Mai tapi hotel pilihan sudah banyak full booked jadi akhirnya kami memilih jakarta.

Ini adalah kali pertama kami sekeluarga ke sini. Ingat lagi 5 tahun lalu kami ke Bandung, masa tu tengah mabuk mengandungkan anak yang kedua. Lama sangat dah tu. Rasa kena ulang balik sebab dah lama dan masa pergi dulu tak menikmati langsung. 
Disebabkan mabuk, kenikmatan bercuti ke Bandung hanya dapat dinikmati 20% agaknya. Yelah mau tak asal berjalan je rasa nak cepat-cepat balik. Dan juga makanan-makanan sedap tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Nanti ada rezeki kami mahu ke sana lagi.
Biasalah kat airport posing dulu baru semangat nak bersuka ria heeheh. Dan si mangsa adalah kakak kena amik gambar.  Adik pun tak berapa nak layan asyik tutup muka je. Nasiblah yang penting mak jemah kena maintain jugak.

cuti ke jakarta
Ikutkan yang trip kali ni kami memilih main redah kasi pecah je. Sebab malas nak ambil tour guide, nanti masa jadi pack dan juga tak bebas tentukan masa sendiri. Jadi lebih baik sendiri kot.
Sebelum datang sini terlebih dahulu saya ada research sedikit sebanyak tentang Jakarta. Memandangkan kat sini 4 hari jadi saya dah plan satu hari satu tempat sahaja untuk kami lawat. Tak mahu banyak sangat lokasi maklumlah bawa anak-anak kena bagi mereka ruang rehat.
Dalam perjalanan yang penuh dengan kesesakan itu, kelihatan di jalanan orang menjual pelbagai makanan dan juga barangan lain. Kiranya kalau nak order buka tingkap teksi dan bayar. Takut pun ada, takutkan yang si penjual tu kena gelek dengan kereta sebab keadaan sesak. Tapi dorang dah pro usahlah korang nak risau dan terlampau prihatin pulak.

percutian jakarta

Yang gambar ni siap bukak booth tau hehehe. Yang lain-lain berjalan kaki dari satu kereta ke kereta.
Oh ye sebelum lupa, pastikan korang mengambil perkhidmatan teksi dari kumpulan bird ni. Silver bird group dan adik beradiknya yang teksi berwarna biru. Teksi ni boleh dipercayai sebab menggunakan meter, kalau gunakan teksi sebarang alamat kena tipu tu ada kemungkinanlah.
teksi di jakarta

Kami tiba dalam tengahari gitu dan kami habiskan masa kat hotel je harini. Sambil layan budak-budak mandi pool. Itu je pun minat dorang yang tak dapat disangkal lagi. Mau taknya Jakarta ni terkenal dengan ‘macet’ nya iaitu kesesakan traffic yang tidak dapat disangkal lagi. Maka sepatutnya dari Airport ke Hotel kami hanya makan masa 30 minit menjadi 2 jam. Tahniah! Memang kalau korang nak merasa macet silalah datang sini heheheh.
Sampai je hotel kami merehatkan diri dahulu lepas solat terus order makanan room service je. Tak kuasa dah nak keluar cari makan kat luar sebab hajatnya petang tu nak layan budak-budak ni berenang kat pool hotel.
Kami memilih Swiss Belhotel Mangga Besar sebabnya memang sengaja ambil lokasi ni dengan harapan dapatlah ke mangga dua (tempat shopping) hanya 5-10 minit naik teksi. Harap maaf sebab penat bila sampai tu malas nak snap gambar hotel. Alasan sangat kan.
bercuti di jakarta
Serius sedap makanannya kami order Nasi Goreng dan juga Banana Fritters. Ala pisang tu ditabur cheese dan coklat. Dan juga ada honey sekali. Memang layan jugaklah tengah lapar katakan. Harga pun tak mahal sangat, standard hotel lah.
Lepas dah kenyang, apa lagi anak-anak tuntut janji. Selagi tak bawa mandi pool selagi itulah terngiang-ngiang di kepala nak swim nak swim nak swim. Memang menghantui dan boleh bikin statistik kesabaran menaik. Jadi sebagai ibu bapa  soleh solehah maka ikutkan aje lah.
cuti di jakarta
wajib posing sebelum mandi
cuti di jakarta
posing kali kedua ni tah pape dah sebab tak sabar nak terjun kolam

Luas dan selesa sangat pool ni. Dan paling selesa sebab tiada manusia lain yang mandi melainkan kami hehehe. Terasa macam private pool pula. Memang best cuma waktu ni dah petang air pula sangatlah sejuk tak mampu saya nak mandi melainkan membasahkan kaki sahaja. Tak boleh bayang camana budak-budak ni boleh mandi dengan selamba tanpa apa-apa perasaan.

cuti di jakarta

cuti di jakarta
kolam budak-budak

cuti di jakarta

cuti di jakarta

Apa yang menarik juga sebab ianya indoor pool. Kalau hujan pun tiada masalah masih boleh mandi manda dengan perasaan bangga sebab tak kena hujan. 
Kali ni acara mandian tidaklah lama sangat mungkin kerana sejuk. Anak-anak mengajak naik bilik katanya dah penat.
Jadi malam tu kami tidur dengan penuh semangat nak bangun pagi esok untuk ke Tanah Abang pula. Hajat hati tidak mahu membeli belah kali ni, hanya cuci mata dan beli seadanya sahaja. Semoga hasrat itu menjadi kenyataan. 
Nantikan update seterusnya untuk jalan-jalan ke Tanah Abang.

Leave a Reply