Gaji Tak Cukup Boss!

Pernah tak dari korang yang mengalami masalah gaji tak cukup? Atau rasa sekejap je habis duit gaji tu walhal semalam baru dapat gaji. Padahal bukan membazir apa pun, bukan berjoli tapi tetap juga duit gaji rasa tak cukup?

Normal kalau selalu kita dengar terutama geng-geng bujanglah yang bila tengah bulan makan megi. Maknanya apa tu? Kena jimat kan? Takpela megi pun kalau letak telur sedap juga, bolehla bertahan untuk beberapa hari sampai dapat gaji nanti. Itu tahap belum sampai taraf teruk. Biasalah tu, ramai orang alami kot. Tapi ada setengah lagi yang lebih kronik adalah bila tengah bulan terpaksa meminjam duit kawan-kawan, kerana tidak mampu meneruskan lagi hari untuk tunggu gaji seterusnya. Dan bila dapat gaji jadi tutup lubang, gali lubang.

side income

Apa strategi kita agaknya? Tunggulah gaji bulan depan pulak. Atau kalau tempat kerja yang ada OT bolehlah buat kerja sampingan dan dapat extra duit. Tapi sudah tentu ambil masa lebih dari waktu kerja kan. Atau hari cuti kita terpaksa bekerja. Ataupun bertahan dengan harapan hujung tahun nanti dapat kenaikan gaji, bolehlah lega sikit. Bila duit gaji bertambah nanti tak rasa sesak lagi. Atau juga ada yang berjualan di pejabat, macam saya dulu pernah jual tudung bawal. Tapi gitu-gitu jelah bukan serius mana, sebab kalangan yang membeli adalah kawan-kawan dan lingkungan sama. Atau kan mungkin lebih teruk kalau dah tahap kritikal terpaksa buat loan untuk setelkan hutang sedia ada, atau untuk kelangsungan hidup.
Ada juga yang kata ala ulat dalam batu pun boleh hidup. Kita ni manusia takkan tak boleh. Dibanding pulak dengan ulat. Cubalah banding dengan yang gagah sikit. Memanglah kalau ikutkan rezeki tu Allah dah tentukan. Tapi kita ni bukan kata dok duduk menunggu je rezeki turun. Tapi kena cari atau dengan kata lain jemput rezeki.


menjana pendapatan sampingan

Bercakap tentang jemput rezeki ni saya ada juga baca satu buku ni namanya jemput rezeki. Selama ni kan saya pun tak terbuka minda macam tu, memang rasa mencari rezeki dengan segala daya tapi lupa pasal menjemput rezeki ni. Saya nak share sikit tentang buku ni. Sangat bagus dibaca.
Antaranya adalah biasa kita dengar tentang cari rezeki je kan. Jarang orang gikirkan bagaimana kita nak jemput rezeki tu. Untuk jemput rezeki banyak perkara boleh buat contohnya banyak memberi maka boleh banyak menerima. Kita biasanya akan keluarkan duit yang paling kecik dalam poket untuk bagi sedekah atau memberi. Sebab kita mungkin fikir kang bagi yang besar ni nanti habis pula peruntukan untuk beli baju contohnya. Nak dapat keyakinan tu kena latih. Memang kalau terbiasa memberi kita akan rasa mudah je. Wah cerita pasal buku pulak. Mari kembali kepada kisah gaji tak cukup ni.

mencari side income

Betullah orang kata kena bersyukur. Kalau tak bersyukur asyik rasa tak cukup je. Betul ke gitu? Memang ye kalau tak syukur kita akan sentiasa rasa tak cukup. Tapi janganlah sebab kenyataan itu kita rasa tak payahlah berusaha, kiranya apa yang ada sudah disyukuri. Tak perlu nak usaha lebih untuk dapat extra. Itu dah masuk konsep lain pula. Bersyukur pada yang sikit, bersyukur juga dengan rezeki yang melimpah.
Jangan sebab gaji tak cukup boleh membuatkan kita membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Contoh nak cari duit lebih tapi menipu OT. Tipu claim misalnya. Satu jenayah yang boleh buat duit yang dapat tidak berkat. Jangan ambil mudah perkara tu. Mungkin ada juga orang kata ala ramai je orang buat, takde apa pun. Tapi kalau orang terjun longkang takkan kita nak terjun juga. Kita ada akal, nak bagi keluarga rezeki yang halal atau yang haram?
Ramai juga yang ambil positif, gaji tak cukup buat pelbagai kerja sampingan. Terpulang pada masing-masing yang penting jangan sampai mengganggu tugasan hakiki. Jangan juga sampai mengabaikan keluarga. Kerana tanpa keluarga siapalah kita, hidup pun tak ceria.

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Unknown

    tak pernah kerja…tapi ada experience elaun tak cukup….huhu…mmg tgh2 bulan makan megi ja kerja…kawan ajak keluar pun tak nak…huhu…