Cara Pakai Bokitta Dan Jenis Bokitta

Mahu tahu cara pakai bokitta dan mengenal jenis-jenis bokitta yang ada? Kalau tengok sekarang ni glamer dah bokitta ni kan. Tambah lagi untuk para ibu yang super busy.

Jenis-jenis bokitta yang ada adalah 4 jenis iaitu voila, voila maxi, chic dan chic maxi.
Voila satu-satunya jenis bokitta yang tidak menutup dada (atas dada). Voila maxi lebih panjang dan menutup dada. Chic pula sama menutup dada dan chic maxi menutup dada tapi lebih panjang dari chic. Hai confius mak jemah ciri dia ni. Takpela tengok gambar kan senang. Rujuk gambar sebentar lagi.
Kiranya ni tolong promo percuma pada tuan punya bokitta ni. Tolong bagi saya supply bokitta percuma seumur hidup tau hehehe
Ok saya rumuskan sendiri jenis-jenis bokitta mengikut kefahaman sendiri yang rasa macam mudah difahami.

Voila: Satu-satunya saiz yang tidak menutup dada. Paling pendek antara semua jenis bokitta.

Voila Maxi dan Chic: Ukurannya sama menutup dada cuma perbezaan antara keduanya adalah dari segi wrap iaitu chic lebih banyak wrap dan ala arabic sikit.

Chic Maxi: ukurannya lebih labuh dari kesemua tadi (paling labuh antara semua jenis tudung bokitta). Bahagian belakang dan depan adalah labuh berbanding voila maxi dan chic di bahagian belakang lebih singkat. 

Perbezaan voila dan chic:

Perhatikan bahagian wrap di tepi tudung. 
Voila mempunyai wrap yang pendek manakala chic mempunyai wrap yang lebih panjang.

jenis tudung bokitta
bokitta voila maxi

jenis-jenis tudung bokitta
bokitta chic

Cara-cara memakai tudung bokitta:

Bokitta didatangkan dengan 2 pieces iaitu anak tudung dan tudung itu sendiri. Mula-mula pakai anak tudung seperti biasa dan sarungkan terus bokitta anda tanpa perlu pin di dagu dan di bahagian mana sekalipun. Di bahagian dagu ada getah yang boleh mengikut saiz muka anda.
Untuk video cara pakai bokitta dan mengenal jenisnya boleh tengok channel youtube ini:
Memang terbaiklah orang kata tudung instant atau tudung on the go. Mudah sangat dipakai terutama kaum ibu seperti diriku. Kerana dirimu begitu berharga.
Nak memahami lagi jenisnya sila rujuk sini.

cara pakai bokitta

Harga tudung bokitta:

RM100+
Ini harga standard saya lihat di mana-mana pun sama tapi mungkin bila diorang buat sales boleh dapatkan harga lebih murah kerana pernah sekali daya dapat voila maxi dengan harga RM80+.
Oklah berbaloi-baloi dengan harganya. 
Yang penting kita pakai rasa selesa dan juga tidak perlu digosok. Lagi ciri yang disenangi oleh ramai wanita kan kan? Basuh dan keringkan, terus boleh pakai. Lipat seadanya masuk dalam almari pun dia ok tak kedut.
Oh inilah kurniaan darinya. Pemilik bokitta sila hubungi saya aka peminat setia bokitta untuk penghantaran tudung bokitta percuma:) hehehehehehhe
Selamat mencuba korang. Pegi beli hari ni jugak ok!

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply