Cara Dapat Kereta Percuma

Dalam dunia ni ada ke cara nak dapatkan kereta percuma? Siapalah agaknya yang buat perjanjian itu? Dapat kereta free dan anda tidak perlu bayar apa-apa. Hanya berbekalkan sekeping hati yang suci tulus ikhlas mulus. Dan boleh menjadi hak milik tanpa ragu lagi. Ada ke?

Kalau yang bukan-bukan ni saya tak percaya. Tambah lagi yang kena bermodal sampai buat loan bagai ni. Sejauh mana orang ikhlas nak bagi kita kereta percuma? Sungguh ikhlas sangat kalau ada yang gitu ehhehehe. Tapi kan saya nak cerita la pengalaman sendiri. Nak dengar cerita tak? Kisah kereta jugakla ni. Yang mana kalau ikut macam kisah dongeng pun ada. Tak kisahla nak percaya atau tidak. Memang takde oun cop sirim kata suruh percaya tapi sesungguhnya aku insan jujur 🙂

Macam ni cerita dia. Dulu kan masa zaman jahiliah, masa saya zaman muda-muda dululah, saya rasa kagum sangat sebab fikirkan semua orang beli kereta dengan cash. Kiranya beli cash la takde loan bagai. Jadi kalau harga kereta tu 100k katakan, memang kagumla dia dapat keluarkan cash 100k beli kereta terus. Walhal tak paham tentang ujudnya loan tu. Memang la ada juga orang beli cash tapi tidaklah semua orang. Fikiran jenis apakah daku pada waktu ini tah. Tapi memang mati-mati ingat semua beli cash. Pelik kan? Tapi itulah dia zaman budak-budak. Tak matang dan tak reti apa benda keadaan sekitar. 
Lepas tu bila fikir gitu jadi rasanya lambat benar la nak dapat beli kereta. Sebab nak kena ada cash baru boleh beli kan. Kiranya yang ada-ada jela dapat beli kereta. Bila difikirkan rasa nak tampar tangan sendiri. Kenapa naif sangat sayang ooi. Tapi kan bermula era moden sikit, di mana daku dan semakin matang maka mula faham dah perkara tu. Tapi disebabkan masa berkahwin suami dah ada kereta jadi tak memerlukan lagi la kereta untuk ke tempat kerja. Boleh naik bersama-sama, satu jalan kan.
Masa tu tak fikir boleh ke aku ni beli kereta sendiri? Ikutkan gaji takdela mahal mana, tak sampai 5k pun sebulan. Jadi rasa macam tak mampu pulak nak beli kereta. Maka tak fikir langsunglah bab tu, tapo kebetulan masa tu kena tukar tempat kerja jadi dah tak satu hala dengan suami. Maka masa tu suami belikan satu kereta lain untuk memudahkan pergi balik kerja. Masa ni tak fikir lagi nak beli kereta sendiri. Aduh nak senang je i ni kan. Tunggu orang beli. Yelah masa tu gaji 3k je manalah mampu.
Selepas tu saya tiba-tiba terjebak dengan bisnes online. Tak sengaja sebenarnya sebab masa tu dalam proses susukan anak yang kedua. Jadi ada problem susu masa tu, tercari-cari milk booster. Saya jumpa set menyusu jenama shaklee. Masa tu tak kenal pun nama shaklee ni.Tapi sebab risaukan susu punya pasal, beli dan try jelah. Eh eh eh rupanya serasi pulak. Ingat tak berkesan. Lalu dari sebab kepercayaan itulah saya mula rasa bagus jugak kalau jual ni tambah lagi secara online kan mesti ramai orang suka. Maka teruslah rasa nak buat jasil dari pengalaman sendiri tadi. Wah panjang pulak cerita intro.
Balik bab kereta tadi, ha inilah nak cerita. Memang kena intro dulu barulah paham jalan cerita sebenar. Ok bab kereta free tadi kan. Tak disangka ada pula rezeki saya bila buat bisnes online ni meletop la pulak. Walhal sebelum ni ala buta kayu bab blog dan jualan online ni. Tapi minat punya pasal rajin cari info kat google je. Tapi berbaloi la bukan susah sangat kan nak klik-klik je. Dari sinilah saya dapat impian saya untuk kereta free.
Ramai orang memandang serong pada bisnes begini terutama MLM walhal apa salah MLM pada mereka. Ye betul jadi salah jika ianya berbentuk piramid. Tapi saya dah kaji marketing shaklee bukan piramid dan juga ia mematuhi syarat patuh syariah yang saya ada baca dalam penulisan seorang ustaz terkenal di Malaysia ni. Jadi pada saya tak timbul isu la bab halal tu. Bab kedua adalah orang pandang yang mesti nak cari orang ni. Tapi yang kelakarnya kalau korang nak tau mula-mula saya taktau yang shaklee ni pun MLM sebab tak nampak langsung cari orang. Yang buat hari-hari adalah cerita tentang shaklee kat blog lepas tu orang datang beli dari blog. Mana buat kerja cari ahli! Jauh sama sekali! Dari situ lahir rasa cinta, wah senang banget tak perlu cari orang ni, kita buat kerja kita sendiri. Sebab MLM itu sendiri jika dihalusi adalah satu bentuk bisnes yang mana tidak memerlukan orang tengah. Jadi hanya pengeluar dan pengedar shaklee yang sah sahaja terlibat. Maka itu sebab ia boleh bayar komisen pada ahlinya. Bukan dari hasil tak bagus tau tapi ianya datang dari sales kita. Tak buat sales maka takde automatik dapat bonus atau cash. Itu salah satu ciri patuh syariah. Jangan kita berani nak dapat duit dengan cara goyang kaki, nak bisnes tapi goyang kali je masuk duit, memang sangat fishy di situ.
Eh hilang lagi cerita kereta. Maaf panjang pulak karangan intro. Dipendekkan cerita, dalam  shaklee ada menyediakan car program. Di mana bila kita mencapai kriteria tertentu (of course dari hasil jualan) maka kita akan layak mendapat car bonus. Shaklee tak bagi duit sedebuk gitu untuk beli kereta tapi dia akan bayar setiap bulan seumur hidup! selagi anda menjadi seorang sid dan aktif buat sales. Jadi  kiranya satu bonus lah sambil kita buat sales ( senang je buat sales sebab tak pergi ketuk rumah orang) dapat pula extra lain iaitu kereta percuma.
Bila kita berjaya capai kriteria ni, maka setiap bulan kita akan terima dan amount dia boleh jadi infiniti. Selagi anda buat sales dan masih lagi aktif maka anda akan dapatlah duit ni. So bolehla beli kereta idaman. Masa ni bila dapat car bonus pertama maka saya beli kereta. Ala kereta kecik je, sesuai untuk dibawa ke pejabat iaitu jenis volkswagen.  Kira oklah dengan gaji biasa je tapi saya rasa puas hati sebab dapat beli kereta dengan titik peluh sendiri, free pulak tu sebab shaklee yang bayarkan. Tak perlu pening kepala mana nak cari duit.
Dipendekkan cerita, maka saya pun gunalah kereta tu hingga kini pun masih guna lagi. Tapi sebab bonus kereta tu semakin bertambah maka terasa pula mahu tambah lagi satu kereta. Alhamdulillah hairan bin ajaib bonus kereta itu sahaja sudah cukup buat saya rasa happy. Dan bolehlah beli satu kereta idaman hati dari dulu lagi. Tak sangka dapat juga dimiliki, yang mana dulu saya fikirkan tak mungkin saya dapat beli kereta jenis ni. Kita tak mintak duit orang nak beli kereta, tapi kita “terpaksa beli” sebab sampai satu tahap rugi kalau tak guna duit tu. Tapi kalau korang taknak beli kereta pun takde masalah. Boleh je simpan duit bonus kereta tu.
Maka saya simpulkan, rasa syukur kerana saya tidak perlu keluarkan duit pun untuk kedua-dua kereta ini. Sepenuhnya hasil dari jualan shaklee secara online dan itulah yang saya dapat. Walau itu adalah kenangan kerana sekarang saya sudah tidak bekerja di pejabat lagi tetapi dengan title seorang wahm (working at home mom) saya masih boleh buat perkara yang saya hajati dan mahukan. Tidaklah rasa menyesal walau berhenti kerja dahulu.
Alhamdulillah hasil saya buat shaklee secara online selama lebih kurang 3 tahun ni, saya boleh dapat 2 kereta idaman. Rasanya lepas ni takde lagi idaman kereta lain, mahu tumpukan kepada benda lain plak. Tapi yang saya nak bagitau sini adalah kepuasan. Anda kena yakin dan percaya dengan kebolehan diri dan keistimewaan diri. Walau apa pun kita, siapa pun kita walau seorang surirumah tapi kita mampu buat apa sahaja yang kita hajatkan dengan izin Dia. Anda pula bagaimana?

car bonus shaklee

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has 3 Comments

  1. Nurhalawa Md Yusof

    Saya suka X1 juga. Dan terpahat pada Vision Board saya!
    Cume memerlukan kekuatan dan usaha tanpa jemu untuk dapatkannya.
    Nak cuba tanpa buat loan jugak.InshaAllah.

  2. Nila Anggraini

    Saya nak juga kereta idaman saya… jom join ahli dengan saya….dimana ada kemahuan…disitu ada jalan…..saya pengedar shaklee area batang kali, ulu yam, rawang, Kuala Kubu Bharu dan Genting Highland. …jika anda ingin kereta idaman anda….hubungi saya segera yer