Cara Buat Paprik Sotong

Pagi ni teringin pula nak buat paprik sotong. Sebenarnya rasa teringin paprik dari semalam lagi maka sempatlah semalam caei bahan-bahan di pasar malam.

Jam 6 lebih sudah masuk dapur. Semangat mak jemah kan. Biasalah, kalau bukan sebab paprik sotong pun memang akan masuk dapur awal juga. Harini ditambah dengan rasa rajin extravaganza maka selain paprik sotong saya sempat siapkan sekali sup ayam dan ikan merah goreng. Cukuplah makan yang ni sampai ke petang tak payah masuk dapur lagi.

Ok untuk buat paprik sotong pertama sekali mestilah bahan-bahannya kan.

Bahan-bahan paprik sotong:

  • sotong 5 ekor (bergantung pada berapa ramai orang makan)
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • beberapa cili kering
  • garam dan gula
  • kicap
  • sos tiram
  • daun ketumbar
  • serai
  • Lobak Merah (carrot)
  • Jagung muda (ketiak jagung)
  • Daun limau purut
cara buat paprik sotong

cara buat paprik sotong

bahan-bahan paprik sotong

Cara membuat paprik sotong:

  1. Tumbuk atau blend semua bahan tadi iaitu bawang merah, cili kering dan bawang putih.
  2. tumiskan semua bahan-bahan tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula, sos tiram, kicap dan sayuran. Kacau hingga beberapa ketika.
  4. Masukkan 3 batang serai yang diketuk dan juga daun limau purut.
  5. Masukkan sotong dan kacau lagi.
  6. Bila sotong hampir masak, masukkan daun ketumbar yang dihiris halus dan sedia untuk dihidang.
bahan-bahan paprik sotong

Mudah sangat kan? Untuk sayur tu boleh lagi nak tambah dengan bunga kubis, kacang buncis dan sebagainya. Boleh tambah mengikut kreativiti masing-masing. Lagi satu kan kalau rajin bolehlah sediakan bahan-bahan tu pada malam sebelum masak. Maklumlah banyak bahan nak taruk kalau siapkan awal boleh main campak-campak je. Macam sotong tu saya dah basuh siap-siap dan simpan dalam bekas tertutup dalam peti ais. Jadi bila bangun pagi tak perlulah lagi nak tunggu dia hilang sejuk beku tu. Bolehlah masak dengan lebih cepat.

Tadaaa dah siap pun. Sedap dihidang bersama nasi panas dan juga bolehlah dihidang bersama sup ayam dan ikan merah goreng tadi. Lapar dah ni, jumpa lagi!

cara buat paprik sotong
=================================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


———————————————————————————————————————

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply