Harini tetiba rasa nak baca dan renung bab bersyukur. Kalau nak hitung banyak sangat, sedih pun ada kerana terasa diri ni masih belum di tahap bersyukur yang sebenarnya.
Syukur sebab anak:
Syukur sebab masa diatur sendiri:
pagi-pagi boleh bawa anak ke playground |
Syukur kerana hanya perlu fikirkan keluarga:
Syukur dapat bercuti selalu:
Tapi untuk dapatkannya bukanlah sehari dua. Masa mula-mula nak perkenalkan bisnes pada dunia luar, sangat mencabar minda dan fizikal. Masa tu saya ni blog pun tak kenal. Tapi ada hati nak buat bisnes online. Tapi siapa kita untuk mengatur atau menidakkan ketentuan Allah?
Dari tak pandai boleh je belajar. Boleh sebab memang manusia ni kena belajar. Apa yang pertama sekali diajar pada Rasulullah. Bacalah! Iye memang benar kena membaca. Cari ilmu. Ilmu memang kena cari jangan harap jatuh bergolek pada kita. Juga sama kita kena mencari guru jangan ego dengan mengharap guru datang menghadap kita. Simple sahaja.
Dari belajar macam-macam lama-lama boleh improve diri. Dari tak pandai berblog, sekarang rasanya jadi blogger tegar dah. Kalau ke mana-mana pasti ingat ada sahaja bahan untuk dishare dalam blog. Semua tu bukan paksaan tapi datang dalam diri sendiri. Rasa suka sangat buat kerja ni. Buat perkara yang kita suka memang takkan buat kita jemu. Malah setiap hari masih rasa berkobar-kobar. Kalau dulu bekerja di pejabat tidaklah rasa teruja sebegini terutama hari Isnin adalah hari yang paling tak digemari.
Kita sebenarnya berhak memilih. Sebab hidup di dunia ni hanya sementara, pilihlah mengikut apa yang kita suka dan berlandaskan jalan yang betul. Jangan pula perkara tak betul boleh jadi kesukaan kita. Tap bila dah buat benda yang kita suka, insyaAllah segala-gala kebaikan lain juga akan mengikut kita. Tidak perlu mengikut orang tapi tanya diri apa yang kita suka?
Waktu sekarang sudah masuk waktu Dhuha. Ayuh buat kewajipan dulu. Tapi bila entry ini dibaca jam sekarang sudah melewati jam 3 petang kerana ianya sudah saya jadualkan terlebih dahulu. Mudah sahaja hidup sebagai WAHM ini segalanya kena disiplin walau anda bekerja sendiri.
Leave a Reply