3 Tips Memulakan Bisnes Pertama

Ramai orang ada terfikir bisnes dalam kepala tapi bagaimana cara nak mulakan bisnes tu? Tak usah fikir bisnes besar dulu, kita fikir bisnes kecil dulu.

Saya nak bagi tips memulakan bisnes pertama mengikut pengalaman saya sendiri. Pertama sekali kena tengok keadaan diri. Ok saya seorang isteri, ibu kepada anak-anak yang membesar. Saya perlu menjaga keperluan keluarga dan kalau boleh jangan disebabkan saya mencari bisnes lain maka mereka diabaikan. Ok sudah jumpa kriteria nombor 1.

  •  Bisnes itu mestilah yang fleksibel. Boleh dilakukan di rumah sahaja. Berullah jika anda memakai topi ibu maka keutamaan keluarga harus diberi perhatian. Jadi mesti mahu bisnes yang tidak memerlukan kita keluar dari rumah. Buat bisnes dari rumah pun syok apa kan?

  •  tidak memerlukan modal yang besar. Yelah baru bermula takkan nak expect keluarkan semua duit tabungan? Atau kena bergolok bergadai pada bisnes yang belum lagi kita nampak hasilnya kan. Kalau boleh minimumkan modal, taknak nanti kalau tak berjaya tapi duit semua dah habis maka tak ke kena marah pula dengan suami. Suami marah jadi tak berkat maka timbullah masalah lain pula. Jadi lebih baik hindarkan begitu.

  •  cari bisnes yang kita suka. Maknanya kita in love dengan benda tu. Contoh kalau suka masak mungkin boleh bisnes berkaitan masakan, jangan ambil bisnes jahitan nanti anda tak minat pula. Buat bisnes biarlah dari hati kita yang rela buat benda tu baru datang seronok.
Bila dah kenalpasti ketiga-tiga benda ni barulah boleh buat keputusan.
Ye, bila dah buat keputusan untuk berbisnes korang kena buat segala dengan tekun dan fokus. Dan lagi satu mestilah berani untuk lebih berkorban dari dulu. Yelah kita ada buat kerja sampingan maknanya kalau sampingan tu adalah pertambahan tugas kita. Bermakna kalau selama ni balik kerja kita boleh setelkan keluarga, anak-anak dah tidur dan kita barulah tidur. Tapi kalau buat side income maknanya anda tidak boleh buat rutin biasa. Bila anak tidur kita spend masa sikit untuk buat kerja sampingan kita.

Untuk mulakan bisnes pertama kadang-kadang orang fikirkan perkara yang besar. Tapi pada saya tidak semestinya. Saya bermula buat bisnes ini pun dengan modal yang minima. Itupun bukan modal sebenarnya hanya yuran keahlian RM65 dan juga tambah postage RM10. Pendek kata masa tu saya fikir tiada langsung risiko yang perlu saya tanggung kerana modal RM75 ni kalau pergi beli barang dapur kat giant pun tak lepas:) Dan kena ingat juga adakah benda PERCUMA dalam dunia ni? Kiranya kita  mahu dapatkan hasil duit berlori-lori hanya dengan sekali klik? Tidak mungkin sebegitu kan?

Lagi satu dilema orang selalunya akan fikir kalau saya buat bisnes sampingan, bagaimana agaknya anak-anak dan suami mungkin terabai. Kenapa kena fikir begitu? Kalau korang ada 3 ciri-ciri di atas tadi rasanya memang tidak akan terabai rumahtangga. Kalau kita fikir nanti anak-anak akan kurang perhatian, tapi kita sikit pun tak amik masa dia untuk buat bisnes kita, kita hanya buat setelah selesai tanggungjawab kita pada anak-anak seperti uruskan segala keperluan dia dahulu sebelum buat kerja bisnes kita. Dan kena ingat kita buat ni untuk siapa? Untuk kesenangan anak-anak juga kan?

Memang kalau tak berkorban langsung rasanya mustahil pula. Kemungkinan akan ada satu dua yang mungkin kita tak sedar. Tapi saya dulu semasa baru memulakan bisnes ini, selalu fikirkan takpe kalau mungkin waktu tu saya boleh masak dan suapkan diorang sekali sehari sahaja, tapi bila saya dah berjaya boleh suap berkali-kali sehari. Tanamkan impian sebegitu maka kita lagi cepat akan usahakan untuk capai.

Memang buat sesuatu dengan kcintaan adalah sangat berlainan dari buat kerja secara paksaan. Macam saya yang sudah selesa dengan bisnes ini sekarang rasa setiap hari adalah untuk explore benda baru. Tiada istilah bosan pun! Malah lagi berkobar setiap hari.

Dan yang terakhir jika anda mahu mulakan bisnes, dan anda betul-betul yakin dah jumpa 3 tips yang diberikan tadi, maka bila anda nak mula? Mulakan dari sekarang! Sebab kadang bila ada idea dalam kepala tapi kita tak keluarkan dan realisasikan maka ia mungkin berlalu begitu saja. Selamat berjaya:)

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply