Trip Percuma Mak Jemah ke US

Siapa pernah dapat trip percuma seumur hidup? Bukan masalah lokasi mana tapi kalau dapat percuma rasanya semua orang suka. Contoh kalau duit sendiri memang mampu nak ke zimbabwe tapi kalau orang tanggung bagi free dari hujung rambut ke hujung kaki lagi seronok. Tapi seronok ke Zimbabwe?

Lupakan contoh tak kelakar tadi. Free trip memang seronok. Saya seumur hidup, baru tahun lepas dapat merasa free trip yang ditanggung sepenuhnya. 6 star pulak tu bukan bajet tau. Dulu fikirkan agaknya aku pencen dulu kot baru dapat pergi dengan duit sendiri. Tapi bila pencen awal dapat pula free pulak tu. Nasib badan.. 
Tahun lepas dah dapat percutian percuma (eh boleh ke dipanggil percutian percuma) atau senang cerita free trip lah. Tahun lepas tu pergi Umrah dan Dubai. Untuk korang yang taktau kenapa pula manusia mana sponsor kami ni? Sebenarnya kami dapat sponsor dari shaklee memandangkan kami shaklee independant distributor (mengikut terma dan syarat).
Taknak cerita trip yang dah lepas tu, nak cerita yang tahun ni punya cerita pulak. Tahun ni dapat lagi free trip jelajah US. Kami ke Long Angeles, Long Beach, California (sama je tu lebih kurang mak nenek dia). Nak cerita pengalaman kat sana sah-sah belum boleh lagi sebab tak pergi lagi, tapi nak cerita apa yang kami dapat sebagai persediaan ke sana. 
trip free

Ha luggage pun dapat free sorang satu tau. Kalau beli mahal jugak ni puzzle lite. Nampak besar tapi ringan. Tapi lepas ni kena fikir nak derma kat mana banyak sangat luggage kot heheheh..
trip free

Dan ini biasalah barangan lain tag dan jadual perjalanan ke sana. Sorang satu juga pastinya.
free trip

Baju yang nak dipakai masa photo session kat sana nanti. 
Eh sebelum tu lupa nak bagitau, kali ni kami dapat sponsor 5 tiket maknanya anak-anak juga dapat dibawa bersama plus ibu mertuaku sekali dapat ikut serta. Wah! Apakah jenis free trip dasat ni? Tahun lepas 2 orang je, tahun ni dapat 5 FREE! what a bless!
Tapi nak bagitahu kat sini, semua yang dapat ni bukan atas dasar goyang kaki ye. Orang yang skeptikal dengan bisnes sebegini pasti akan berkata ala bolehlah dah dia dah tangga paling atas. Tapi harus ingat ye, bonus dibayar melalui sales yang dibuat. Kalau berangan nak dapat duit atas angin sila jangan perasan. Sampai sekarang saya masih membuat sales personal sebab takkan nak tinggal benda yang kita suka kan? Takkan nak goyang kaki dapat duit, berkat ke duit tu?
Haaa jangan sebarang ye. Tapi rasa sangat bertuah dengan status wahm ni dapat juga merasa benda free. Yelah kalau nak mintak dengan suami mungkin boleh diberi tapi sampai hati ke nak mintak trip 6 star? Kalau pergi pun mungkin kena bajet. Takdelah duduk kat Hilton, Marriot dan Hyatt ehehhehe. Snap sikit…
free trip

Sesungguhnya tiada benda free dalam dunia ni tanpa pengorbanan. Dan inilah pengorbanan mencurahkan segala masa hingga tak tidur malam untuk kelangsungan bisnes. Yang penting buat dengan happy dan buat pun hanya dari rumah sendiri. Bila dapat reward begini rasa syukur alhamdulillah. Moga lebih ramai lagi dapat dibantu insyaAllah…

Leave a Reply