Ramai tak antara kita yang mahukan tips untuk berhenti kerja? MJ yakin ramai yang mungkin tengah menimbang tara. Wah menimbang tara gitu. Mungkin nak berhenti kerja tapi masalah paling utama adalah tak yakin tu ada dalam diri.
Ok memandangkan MJ pernah melaluinya jadi MJ rasa nak kongsilah bagaimana permulaannya. Apa yang perlu anda buat dan kenapa anda mahu berhenti kerja.
Sebab Nak Berhenti Kerja
Mula-mula mesti kita kena tau sebab kita nak berhenti kerja. Takkan suka-suka gitu aje kan? Pasti ada sebab yang membuatkan anda rasa perlu sangat berhenti.
Kenapa Perlu Berhenti?
Ia banyak berlaku juga pada ibu-ibu. MJ suka nak kaitkan kerana ibu-ibu lebih dekat dengan pengalaman yang MJ ingin ceritakan ini. Sebab apa nak berhenti kerja?
Nak jaga anak sendiri? Sebab nak luangkan masa lebih pada keluarga? Sebab kesihatan? Sebab yang tak dapat dikenalpasti? Oklah yang utama mesti ada sebab.
Yang KEDUA adalah apa perlu dibuat sebelum berhenti kerja. MJ senaraikan dalam bentuk point lebih mudah dibaca kan.
Apa Perlu Buat Sebelum Berhenti Kerja?
- jika anda tiada sumber pendapatan lain setelah berhenti kerja, kiranya nanti tak dapat gaji, maka dari mana anda mahu dapatkan duit. Bagi isteri mungkin suami akan berikan nafkah. Tapi jika anda tak kisah hilang segala punca pendapatan kerana suami masih boleh support then ok. Tapi kalau suami memang boleh support tapi anda sendiri rasa suka nak buat sesuatu untuk mengisi masa di rumah atau untuk mendapatkan duit sampingan selain yang diberi suami maka anda kena tahu apa bentuk bisnes yang perlu anda buat. Kalau MJ dahulu memang memilih bisnes online lah dan dari situ baru boleh ke tips seterusnya.
- anda sudah pilih. Katakan saya dah memilih ok sekarang masa sebelum berhenti kerja saya dah buat bisnes kecilan secara online maka saya nak teruskan asalkan tak mengganggu masa untuk tujuan utama ingin menjaga anak di rumah. Teruskan buat kerja sampingan anda itu. Saya memilih online sebab ia sangat sinonim dengan ibu yang sudah pasti tidak mahu bentuk bisnes yang memerlukan keluar dari rumah.
- jika ada sebarang hutang seperti anda ada hutang kereta, ada hutang rumah, hutang personal, hutang belajar dan sebagainya maka lebih elok anda selesaikan semua hutang itu atau paling tidak selesaikan yang lebih kritikal dahulu. Contoh anda boleh selesaikan hutang personal dan hutang belajar manakala hanya tinggal satu sahaja hutang seperti contoh hutang rumah. Selesaikan lebih awal yang mana kritikal adalah lebih baik. Anda boleh pilih samada selesaikan hutang besar dulu atau kecil tapi pada saya, jika mengikut keselesaan saya selesaikan seberapa banyak hutang kalau boleh hanya tinggal satu sahaja hutang tunggal untuk senang diuruskan nanti.
- jika anda berhenti kerja di atas sebab anda telah nampak sesuatu potensi dalam perniagaan online tadi maka ada benda perlu diambil kira. Macam MJ sendiri saya tetapkan hasil perniagaan itu mesti sekurangnya 5 kali ganda dari gaji sekarang supaya bila kita mengambil keputusan untuk berhenti semua orang menerima dengan senang hati terutama mungkin ibu bapa yang risaukan anaknya tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan.Sekurangnya boleh yakinkan mereka yang hasil yang dapat jauh berganda dari gaji asal. MJ masih ingat MJ tekad untuk berhenti kerja semasa pendapatan dari bisnes lebih 5 kali ganda gaji asal.
- dapatkan restu dari orang tersayang. Restu suami paling utama, tapi rasanya ramai suami yang suka bila isteri berada di rumahkan?Juga dapatkan restu ibu bapa jika masih ada. Restu mereka membuatkan anda menjadi tenang dan dapat buat keputusan lebih baik.
Bukan mudah untuk mengambil keputusan berhenti kerja kerana banyak faktor yang perlu diambil kira.
Tapi pada MJ sendiri untuk ambil keputusan berhenti kerja memang sesuatu yang MJ tak ragu, cuma kebimbangan lebih kepada restu ibu bapa dan ingin terlebih dahulu meraih pendapatan stabil sebelum mengambil keputusan berhenti.
Tepuk dada tanya selera. Anda lebih mengetahui kehendak anda. Moga tips ni boleh membantu anda untuk membuat keputusan.
Jika ada yang berhasrat untuk berhenti kerja dan ingin menyertai group saya buat bisnes shaklee secara online maka MJ boleh membantu.
tak semua orang ada kekuatan untuk berhenti kerja.
kena ada hati dan semangat yang utuh;.