Day 1 Free Trip LA: Sambungan kisah perjalanan

Setelah 12 jam perjalanan dari Hong Kong maka kami selamat tiba di LA. Alhamdulillah akhirnya walau delay hampir 3 jam di Hong Kong airport. Maka total perjalanan harini lebih kurang 17 jam. Fuh bertabah nampaknya.

Sampai sahaja di airport kami telah disambut oleh travel agent di sana dan setelah selesai urusan imigresen semua kami dibawa ke Hilton Long Beach & Executive Meeting Center Hotel untuk menginap. Tak jauh dari airport dalam 15 minit sahaja lebih kurang.
Sampai di hotel kami disambut oleh pihak pengurusan shaklee Malaysia dan diberikan buffet dinner istimewa. Yelah masing-masing kebulur dah perjalanan yang agak panjang tambah lagi urusan imigresen di airport agak mengambil masa. 

Disambut dengan kalungan bunga. Tanjat boboi:)

Kami diberikan dua bilik, connecting room yang sangat selesa. Pendek kata best sangatlah biliknya. Yelah pun katanya Hilton takkan biasa-biasa ye tak. Anak-anak boleh sebilik dengan neneknya, mama dan abah boleh honeymoon 🙈
Maka sebelum tidur berangan dulu apa yang patut kerana esoknya kami perlu menghadiri Global Conference yang mana dihadiri oleh semua SID (shaklee independant Distributor) seluruh negara. Dan rombongan kami kebanyakannya akan menerima award di majlis itu nanti. Dapat award kat Los Angeles sape tak suka kan? Moga trip ini boleh membakar semangat group kami terutama WAHMillionaire untuk lebih maju lagi selepas ini. Hadiah ini untuk mereka juga:)

Tak sabar menunggu hari esok, pastinya akan lebih banyak update selepas ini. Stay tuned 😍

Leave a Reply