Cuti Melawat Ayahanda

Beza, nyata berbeza. Dulu-dulu kan ingat lagi masa saya masih di alam bekerja di pejabat. Kalau nak cuti bukan sahaja kena fikir diri sendiri, tapi kena fikir nak ambil banyak sangat cuti nanti apa kata bos, selalu cuti nanti apa orang kata, nak cuti nanti tiada orang backup kerja pejabat dan macam-macam masalah lagi yang kena fikirkan orang lain.

Rasanya ramai juga yang hadapi masalah “segan” nak ambil cuti. Walhal cuti adalah hak kita. Tapi walaupun hak tapi kita kerja bermasyarakat. Wah bermasyarakat gitu. Memang betul sebab kalau pentingkan diri sendiri untuk cuti maka orang lain tak dapat peluang cuti.

Tapi kini satu benda yang saya rasa bebas sangat adalah bila nak bercuti. Ewah ewah bebas betul rasanya. Bila rasa mahu ke mana-mana tak risau lagi nak fikirkan dalih dalih atau dalil hehehehe. Rasa nak cuti je, jom sayang kita ke aaa, bbb, ccc. Tidak perlu apply cuti! Wah sesuatu yang sangat bebas pada saya rasanya sekarang. Maklumlah lama di bidang kerja pejabat, jadi cuti tu sudah jadi satu benda yang sinonim dengan diri. Tapi sekarang bila cuti tiada limit, maka apa lagi, Mak Jemah merasakan bagai berada di takhta!

Sebenarnya cuti kami balik kampung tidak dirancang. Kalau ikutkan kami akan ke utara untuk satu majlis yang sudah direncana. Tetapi perancangan kita tak sehebat perancangan Allah. Oleh kerana ayahanda tidak berapa sihat sejak kami ke LA baru-baru ini maka kami belum berkesempatan menjenguknya lagi. Alang-alang minggu ni kebetulan pula cuti lebih panjang dari biasa maka kami rasa perlu utamakan ayahanda dahulu. Bila balik kampung dan lihat sendiri depan mata kesihatannya bernasur baik maka hati pun makin lega.

Anak-anak memang pantang masuk kereta, masuk kereta je akan tidur. Jadi ia juga adalah satu petanda yang menyenangkan kerja mama. Kalau tak tidur alamatnya kereta umpama menjadi rumah bebas tanpa batasan. Jadi bila semua tidur, bolehlah mama dan abah merasakan feeling berdua duaan:)

Tidak sukar juga travel bersama anak-anak. Kadang-kadang sebab perjalanan jauh kami jarang mahu makan di luar. Biasanya saya akan sediakan nasi goreng (makanan paling mudah nak bawa) dan jika rasa lapar kami akan makan dalam kereta je. Jimat masa dan jimat wang dan segala. Paling utama tak perlu nak beli makanan yang tak sedap langsung dekat R&R 🙁

Kami bermalam di Terengganu kerana ingin berjumpa insan-insan istimewa di situ. Indahnya ukhwah, walau hanya selalu berjumpa di alam maya tapi bila jumpa di alam nyata, rasa semangat ukhwah sangat berlainan sekali. Macam biasa negeri Terengganu sinonim dengan keropok, maka saya juga ada mendapat hadiah berupa keropok paling sedap di Terengganu!

Tu dia keropok Keluarga Kak Yah. Nampak di situ keropoknya berwarna hitam, petanda banyaknya ikan digunakan dalam pembuatannya, bukannya lebih banyak kanji dari isi ikan. Memang ternyata awesome! Sedap tak terkata (maklumlah i adalah penggemar keropok sedunia).

Kepulangan ke kampung juga adalah membawa bersama cenderamata yang dibawa pulang dari percutian kami ke LA dan San Francisco pada minggu lepas untuk ibu, bapa dan adik beradik. Alhamdulillah setiap kali travel kami belum pernah melupakan mereka-mereka yang disayang. Kerana kejayaan kita juga adalah hasil dari doa dan sokongan mereka-mereka ini, Tanpa mereka siapalah kami…

free trip ke LA

Maka tahun ini secara rasminya kami menyambut 31 Ogos dengan merdekakan diri di kampung.
Alhamdulillah:)

Leave a Reply