Resepi Butter Prawn Yang Ringkas

Semalam baru nak mencuba resepi butter prawn. Sebenarnya saya memang peminat masakan thai. Dan juga segala jenis makanan:) Tapi selalu yang jadi pilihan adalah masakan Thai kerana mungkin tekak sudah terbiasa maklumlah dilahirkan di negari yang berdekatan dengan Thailand:) Kalau ke restoran Thai selalu pesan tomyan dan butter prawn ni salah satu dari kegemaran. tapi untuk membuatnya jauh sekali sebab rasa macam susah sangat (walhal tak pernah cuba mana nak tau).

Pagi semalam masa tengah keluarkan udang dari peti sejuk, dok fikir apa nak buat dengan udang ni. Biasanya kalau udang saya akan masak kari atau masak merah. Atau goreng begitu sahaja. Tapi kali ni rasa macam bosan pula asyik resepi sama, nak cuba lainlah pula. Terfikirkan butter prawn ni hinggalah tak disangka boleh terlelap. Ish ishh camana boleh sampai lelap ni. Bangun je dari lelap itu tiba-tiba tertengok tv tengah ada rancangan masakan. Oh rancangan masakan juga one of my favorito! nak dijadi cerita tukang masak tu tengah buat BUTTER PRAWN. What the coincident! Apa lagi, buka mata luas-luas.

Tengok dia masak butter prawn, perati bahan-bahan dan cara buat. Ok rasa yakin kot nak buat macam mudah je. Bahan-bahan takde lagi, maka saya buat list dan terus order barang nak masak. Luckily kat area rumah ni memang ada delivery untuk groceries. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memang tak mahu keluar rumah. Jadi inilah hasilnya, saya share resepinya ok.

BAHAN-BAHAN RESEPI BUTTER PRAWN:

  • udang
  • susu cair 
  • nestum
  • butter
  • cili merah
  • daun kari
  • kuning telur 2 biji
  • Serbuk kari
  • minyak zaitun (untuk goreng udang)
  • garam secukup rasa
resepi butter prawn

Cara membuatnya:

Untuk membuat butter prawn mula-mula kita buat jalinan telur ni. Apa namanya tah, tapi yang macam serbuk berlingkar atas udang tu. Ala-ala floss lah kiranya.
  1. Cairkan butter dengan api yang sederhana. (ambil separuh dari butter tadi)
  2. Setelah butter cair, masukkan kuning telur yang telah digodak tadi (kacau lembut macam nak buat telur goreng tu). Pastikan angkat tinggi bekas yang mengandungi kuning telur tu supaya ia jatuh secara halus. Dan jangan berhenti kacau hingga ia garing.
  3. Angkat dan tapis ia (jangan ambil butter yang cair tadi). Kita hanya perlukan kuning telur yang telah garing itu sahaja. Biarkan ia sejuk di situ dan kita boleh menumis bahan seterusnya.
*** Pastikan anda goreng udang tadi secara berasingan menggunakan butter yang dicampur sedikit minyak zaitun.
Dalam kuali lain:
  1. Tumis bahan-bahan ini: cili merah yang dihiris kecil, daun kari, serbuk kari (lebih kurang 1 sudu besar) dengan butter yang telah dicairkan.
  2. Setelah macam naik bau, masukkan pula 4 sudu besar susu cair. Sukatan susu ni ikut pada kesukaan masing-masing, kalau mahukan butter prawn itu berkuah, maka lebihkan sikit susu cair tersebut.
  3. Masukkan satu sudu madu (untuk rasa manis). Ini saya ikut selera sendiri, tiada dalam bahan sebenar.
  4. Masukkan sedikit sahaja garam, jangan lebih sebab butter sudah masin.
  5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Dan anda dah boleh hidang. Tadaaaa!! Inilah hasilnya. Mudah sangat nak buat. Selamat mencuba.
cara buat butter prawn

Leave a Reply