Cinch Tea Bersama Rambutan

Semalam mencuba resepi air baru. Biasanya saya memang suka cinch tea ni tapi minum kosong je. Kebetulan hari sebelumnya mertua ada bekalkan kami rambutan. Jadi kalau dibiarkan lambat nak habis rambutan tu jadi suami rajin pulak mengopeknya. Satu mangkuk penuh:)

Saya terfikirkan cinch tea laici sebenarnya. Ala takde laici, rambutan pun boleh. Kata resepi ala-ala kesukaan sendiri. Maka haruslah boleh mix & match gitu. Boleh juga campur nenas, ye menarik juga kan? Apa sajalah buah kegemaran.
BAHAN-BAHANNYA:
❤️👉 paket cinch tea
❤️👉 rambutan secukup rasa
Bancuh macam biasa. Wah meletop tau! Pada yang tidak pernah rasa cinch tea ni jangan risau, ia macam teh biasa jugak cuma dia dalam bentuk sachet serbuk. Bukan dalam uncang macam biasa kota beli. Tapi khasiatnya tak sama macam teh biasa tau sebab dia ada gabungan teh hijau, teh putih dan teh merah. Baca sini untuk tau lebih lanjut pasal cinch tea.
cinch tea shaklee

Nampak macam laici kan tapi awas jangan tertipu. Itu adalah rambutan. Kecik ati rambutan nanti heheh..
Kalau ada air saja tak lengkaplah menu berbuka kita ye tak? Kenalah digandingkan dengan menu berbuka yang lain. Semalam tiada kuih muih ye, hanya masakan dari air tangan ibu solehah ini sahaja a.k.a me! Angkat bakul sendiri ok!
Menu berbuka semalam saya semalam adalah terung masak sambal beserta kentang, sup ikan dan pari goreng. Walaupun simple tapi melihat suami dan anak-anak makan dengan penuh selera rasa hilang semua kepenatan di dapur. Dahla semalam masuk dapur awal, macam nak masak tengahari:)

resepi ramadhan




Inilah kisahnya, sekarang ni boleh dikata hari-hari masak sejak berpuasa ni kecuali ada satu hari tak masak sebab tak sempat nak beli lauk basah. Masak sendiri walau simple tapi kebersihan terjamin, takutlah dengar macam-macam kes keracunan di bazar ramadhan sampai masuk icu. Tak berbaloi nak sakit teruk hanya dengan sebab yang kita pun tak jangka. Jadi lebih baik masak sahaja lagi mudah dan sedap pulak tu (puji lagi…)

Oklah kalau ada resepi lain pula nanti saya akan kongsikan. Jangan lupa follow blog ni untuk mendapat update entry setiap hari ye:) Jangan lupa juga buat resepi minuman cinch tea tu ye. Semoga berjaya!




kebaikan cinch energy tea


Sudah jatuh cinta dengan produk cinch tea ini? Anda boleh buat order secara online di link di bawah. Juga boleh mengetahu harganya sekali.
Boleh gunakan kad debit atau kad kredit untuk membeli belah. Happy shopping:)
Mahu dapatkan harga ahli yang lebih jimat? Jangan lupa untuk menjadi ahli dan setiap pembelian vivix sebanyak 2 botol akan mendapat FREE MEMBERSHIP. JOM!



Anda mahu jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:
DAFTAR SHAKLEE SECARA PERCUMA

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply