Cara Pakai Bokitta

Musim raya belum habis lagi ni. Oleh kerana sudah berniat nak tulis entry pasal ni maka saya cerita sikitlah cara nak pakai bokitta ni ye. Bokitta ni macam tudung instant, sarung je tak perlu pin walau satu pun. Senang dan mudah terutama untuk ibu-ibu yang selalu kena berjaga-jaga dari tarikan tangan kecil si anak.

Ok sebelum tu nak cerita dulu alkisah bokitta ni. Masa dah sampai kampung untuk beraya tengok tudung rupanya bawak 2 helai je. Mana cukup! Jadi cara paling mudah dan praktikal adalah cari bokitta la apa lagi kan. Maka misi mencari bokitta bermula.
Saya ke Kelantan Trade Centre (sebelah hospital Pakar Perdana), depan stadium kelantan ni. Masa tu dah malam, tapi nak cari bokitta punya pasal terus menuju ke sana. Sebenarnya ada MAPAA FESTIVAL. Katanya bazar untuk peniaga online. Wah dekat di hati gitu. Saya pun peniaga online juga, jom support komuniti kita.

bokitta malaysia

jual bokitta

Malam-malam pun meriah tau. Tambah pula dengan hujan. Tapi sanggup redah hujan, tanpa pakai payung. Dasatkan ibu ni. Well, inilah yang bernama ibu heheh.

Jadi marilah kita tengok gambar sekitar pencarian bokitta ni. Sempat posing lagi ok.

penjual bokitta

kedai jual bokitta

tudung bokitta
Dah setel beli bokitta, terus masuk meninjau ke dalam dewan. Eh macam kenal je. Isteri apek pun ada, jual barangan kosmetik. Jadi kita snap la gambar kenangan.

cara nak beli bokitta

Tak boleh letak banyak gambar dia gojes sangat, hilang aura seriku hahahahha.
Jalan lagi jumpa dengan adik-adik yang jual baju online macam-macam jugak dorang jual. Untuk support kita kena snap gambar lagi.

cara pakai bokitta

cara beli bokitta

Eh macam sebaya pulak kan? heheeh jangan marah.

Okla dah selesai beli maka bolehla kita balik ke rumah dan sampai je rumah dengan semangat wajanya saya menghasilkan satu video klip cara memakai bokitta khas untuk mereka yang tertanya-tanya dan berhajat nak mencuba. Saya bukan penjual bokitta tapi saya penjual shaklee (jangan confius tau).
Ini dia, silakan hadam ye.

http://youtu.be/zNHhpt-OJL0

Selamat mencuba:)

Leave a Reply