Benarkah Pesawat Mas MH17 Terhempas?

Berderau darah bila dapat tahu berita ni.Baru nak melelapkan mata, terus bangun bukak Awani. Memang tak pernah dijangka di saat 10 malam terakhir ramadhan benda ni berlaku. Ianya dipercayai terhempas di sempadan ukraine dan Rusia semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Belum lagi selesai kes MH370, Malaysia diuji lagi dengan berita yang menguji ini. Ujian yang sangat besar untuk rakyat Malaysia. Apa persiapan kita? Melainkan kembali pada Dia. Mungkin ujian yang akan beri hikmah pada seluruh rakyat Malaysia.
Dari berita yang belum disahkan setakat ini, ia dipercayai jatuh ditembak oleh pihak russia atau pihak pemisah. Tetapi setakat ini kedua-duanya saling tidak mengakui. Jadi siapa punya angkara? Selamatkanlah mereka…
Tapi hakikatnya malam ni rasa tak boleh tidur selagi tak dapat berita sahih. Dalam Astro Awani melaporkan 295 orang terkorban, dimana terdapat 280 penumpang dan 15 anak kapal tetapi ia masih belum disahkan oleh kerajaan Malaysia. Sedih sangat terima berita ini bila membayangkan kemungkinan ada antara mereka yang dalam perjalanan pulang untuk beraya 😭 Besarnya dugaan.
Selagi belum disahkan, jom kita sama-sama berdoa moga keselamatan mengiringi mereka. Innalillahiwa inna ilaihi raaji’un. 

Leave a Reply