Nama Anak Dapat Dari Mimpi: Adakah Bunian?

Sempena hari ini hari kelahiran anak pertama saya maka haruslah terkenang kembali nostalgia silam.

Mengandungkannya dan melahirkannya dan sekarang sudah pun berusia 7 tahun. Cepatnya masa berlalu bermakna usia mama juga semakin berlalu.
Semasa mengandungkan Sarah ni saya tidak pernah berimpi mahukan anak lelaki atau perempuan. Kiranya terima seadanya dan suami juga sama. Hinggalah saat mengetahui diri berbadan dua.
Seperti biasalah bila mengandung je pasti pelbagai nama terlintas dalam fikiran atau masa ni lah ibu bapa sibuk mencari nama-nama indah untuk anak. Tapi entah kenapa saya masa tu belum rasa mahu mencari nama.
Suatu malam saya bermimpi. Yang anak yang bakal dilahirkan bernama Farah Iman. Ye, memang betul Farah Iman. Tapi masa tu saya rasa lebih suka dengan nama Sarah lalu saya ubah sikit menjadi Sarah Iman. Nama dalam mimpi.
Saya tak amik kisah sangat pasal nama dari mimpi ni. Tapi setelah lahirnya sarah, keadaan biasa sahaja tiada perkara mistik hehehe.
Hinggalah suatu hari saya ada terdengar satu cerita yang jangan berikan nama anak seperti dalam mimpi kerana ia kemungkinan dari bunian yang mahu mengambil anak anda. Ala biasa kita dengar yang tiba-tiba kandungan hilang walau dah berusia 9 bulan. Itulah kononnya perkaitannya. Tapi saya ada baca juga dari segi medikal ada berlaku begitu kerana emosi ibu yang menyangkakan dia mengandung kerana terlampau inginkan anak, maka jadi perasan seolah diri benar-benar mengandung. Meremang pula bila tau cerita tu. Nasib baik tak ikut nama sebenar, kutukar menjadi Sarah Iman. 
Eh tapi semua tu pada saya tidak benar. Semua atas izin Allah kan. Anak ini adalah amanah Allah pada kami dan itulah yang sebenarnya. Mungkin cerita-cerita begitu ada berlaku tapi saya tidak mahu membiarkan perkara itu mengganggu pemikiran. Cewah berlagak pulak ye. Bukan begitu, hanya ingin menganggap ia hanyalah kebetulan.
Sekarang anak ini sudah pun besar dan tak lama lagi menjadi anak dara. Moga kamu beroleh keberkatan dunia akhirat wahai puteriku. Kamu nyawa dan harta mama dan abah selamanya. Moga Allah menjagamu hingga ke syurga. Ameen.

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. efie muhamad

    Hepi besday Sarah Iman..
    Membesar sbg ank solehah ya 😉