Jadi Ahli Shaklee Tidak Best Langsung!

Memang tak best langsung jadi ahli shaklee ni.  Bukan satu tapi dua tiga sebab menyebabkan saya kata tak best jadi ahli shaklee.

Kenapa? Memang tak best pada orang yang tidak pernah mencuba mengambil apa-apa produk shaklee. Kerana tidak kenal maka tak cinta. Kalau sekadar nak jadi ahli shaklee tetapi anda tidak pernah guna pun produknya maka susah anda hendak yakinkan orang lain. Yela kita ni tak pernah makan dan rasa kesannya tetiba nak bagitau bagusnya produk ni, orang tanya awak pun makan juga ke? Tak pernah. Oh tak best langsung begini!

Memang tak best langsung daftar jadi ahli shaklee ni kalau anda nak bisnes tapi anda mahu dapat duit mudah. Dengan kata lain, bayar 10k, esok dapat 50k. Bisnes apakah ini? Jual orang kah? Amboi nak untung besar ye tapi nak mudah. Siapa boleh senang-senang je kaya dik? Cuba cakap ngan akak? heheheh.  Kalau macam tu sudah lama ramai jutawan dalam Malaysia ni. Bila anda berfikiran mahu cepat kaya dengan cara tidak berusaha maka sila lupakan niat. Kerana ia pasti akan menjadi bisnes yang tidak best dan menjadi mimpi ngeri pada anda.

Lagi satu yang amat menyesal dan tak best langsung adalah bila salah pilih group. Nak menyesal pun tak guna dah. Mahu jadi ahli shaklee dengan harapan ingin mencapai ke bintang tapi ditipu. Ada tau golongan yang mensasarkan orang untuk join ahli dan daftar keahlian shaklee dengan menipu dan memperdaya. Ala biasa kita dengar tu head huntung. Kesian yang terpedaya tu kerana salah pilih group yang menyesatkan. Jangan macam-macam tau. Macam saya dulu join ahli shaklee tanpa risiko. Nak tau kenapa?

Yelah nak risiko apa nya dah yuran keahlian hanya RM65 untuk seumur hidup tak perlu renew lagi dah. Lepas tu bayar postage RM10 untuk bayaran pos. Hanya RM75 sahaja modal dahulu, orang kata kalau modal tu hancur lebur pun tak terkilan langsung berbanding kalau terpaksa buat pinjaman 20K untuk mulakan bisnes. Maka kerana nila, rosak susu sebelanga. Nila juga yang mendapat nama. Siapa yang susah? Kita juga kerana mudah ditipu dan dikaburi. Lepas tu terpaksa menanggung hutang. Mintak dijauhkanlah.

Jadi elakkanlah join ahli shaklee dengan perkara-perkara di atas sebab pastinya anda akan rasa menyesal dan tak best langsung berada dalam dunia ini. Tapi kalau kena caranya, anda akan seronok umpama tiada esok hehehhe.

Eh tapi pada yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas jika anda berminat ingin memulakan bisnes secara sampingan atau saja cari duit poket lebih bolehlah jangan malu-malu hubungi saya kerana saya adalah pengedar shaklee di Putra Heights secara khasnya dan pengedar shaklee Malaysia umumnya. Sila-silalah jika ingin bertanya berkenaan shaklee saya sudi menjawabnya dengan hati terbuka.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:

Email: [email protected]
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply