Bekerja Dari Rumah Di Alaf Baru

Dulu saya tidak boleh membayangkan bekerja dari rumah itu bagaimana. Yang terbayang adalah title seorang surirumah. Surirumah sinonim dengan apa yang kita fikirkan adalah mereka yang tidak bekerja dan duduk di rumah menjaga anak-anak dan keluarga.

Tapi di alaf baru ini title surirumah ditambah nilai lagi. Bukan kad touch & go tau. Surirumah yang bergaji sebab mereka ini walau berada di rumah boleh lagi mendapat income kerana mereka bekerja dari rumah. Sudah tentu title yang amat disukai ini adalah WAHM (working at hone mom).
Pertama sekali sudah tentu dari segi masa. Kita boleh bahagikan masa ikut keperluan dan keselesaan kita. Boleh ada  pejabat sendiri di rumah atau dikenali sebagai soho (small office home office). Menarik bukan?

Jika ada peluang, ramai orang mungkin mahu bekerja dari rumah kan. Saya dulu fikirkan bestnya orang yang boleh bekerja dari rumah ni. Yelah anak-anak terjaga, kita yang jaga sendiri. Tak perlu risau fikir nak iron baju kerja. Pagi-pagi hantar suami nak pergi kerja, sempat siapkan segala keperluannya. Kalau rumah berdekatan dengan pejabat siap suami boleh balik rumah makan lagi.
Banyak lagi kelebihan bekerja dari rumah ni. Macam saya yang sudah setahun bekerja dari rumah, banyak perkara yang dulu selalu bertangguh boleh dibuat lebih awal. Contoh nak buat urusan bank ke, nak urusan bercuti ke atau apa sahaja boleh diuruskan lebih awal.
Bagi mereka yang ingin bekerja dari rumah dan ingin mengetahui cara bagaimana boleh hubungi saya untuk kita bertukar-tukar ilmu dan pengalaman. Tak cuba tak tahu kan😉

Leave a Reply