Mekap raja sehari by Verra Febrina

Berbicara bab mekap memang jangan ditanya saya sebab tidak pernah mekap pun. Tapi sempena shaklee master celebration yang berlangsung sabtu lepas terasa macam mahu menjadi raja sehari katanya. Nak jadi pengantin lagi sekali.

Maka saya terfikirkan seorang rakan fb merangkap adik ni sebab selalu tengok dia update mekap pengantin. Tengok dia mekap pun cantik, secantik orangnya.
Maka close deal untuk mengambil beliau sebagai jurumekap hari bahagia tersebut.  Senang kerja dengan Verra ni, dia on time. Kata pukul 8 pagi, 5 minit sebelum jam 8 dia dah sampai. Tapi kesian dia sesat dalam Pullman hotel yang banyak wing tu heheheh
Sampai je terus mulakan sesi mekap. Terkejut sekejap katanya 2 jam. Aduh gi mana sih 2 jam? Biasa saya pakai bedak tak sampai 5 minit.
Okla tunggu hasilnya sahaja. Verra dah biasa mekap orang maka pastilah dia lebih tahu. 

Tu dia, sedang kontrol ayu. Dalam hati tu tengah berdebar nak tunggu majlis.

Dah siap ni cakap dengan verra, takpr ke gini? Maklumlah tak pernah mekap kurasa tak sanggup nak berdepan dengan orang hahahhahaa. Tapi lepas diberi kata perangsang maka kuredha.
Inilah hasilnya setelah berjaya ditenangkan. Thank you Verra, sangat puas hati dengan hasil kerja Verra, nanti insyaAllah kita boleh bekerjasama lagi.

Leave a Reply

This Post Has 6 Comments

  1. Unknown

    Nanny memang sangat cantik!!! ♥

  2. Unknown

    Hampir xmgenali nanny on the day hri tu.cantik banget….

  3. Unknown

    Ye..mmg nanny berbeza sekali..so cute…n cun…

  4. puan.mila

    Cantik sgt nanny!! Mmg mcm pengantin!!

  5. miera shaziera

    First time jumpa nanny…mmg mempersonakan……..cantikk