Krabi Island : Part 3 Sarapan Pagi Bak Syurga

Semalam kekenyangan dan tidur sepuasnya, terasa malas nak bangun pagi. Tapi tak boleh sebab harini macam-macam aktiviti nak buat, kalau nak melepak kat hotel je baik tak payah datang sini kan.

Dan sekali lagi kami mendapat rezeki terpijak, pemuda motor tambang tadi offer kami untuk bawa meronda seharian di tempat-tempat menarik di krabi ini. Kami memang datang tanpa mengambil tourist guide pun, hanya semata backpack kononnye lah. Tawaran beliau tidak harus dilepaskan.

Kami mulakan perjalanan pagi dengan bersarapan di sebuah gerai muslim. Macam makan kat kampung ku je ni. Sarapan pagi adalah nasi memang common untuk kelantanese sepertiku.

krabi sarapan muslim
ulam dan sambal belacan tidak dilupa

sangat sedap!
berlakon je tu

bawa CD ke mana-mana tanpa motif

Best tau sarapan pagi kat sini. Gerai biasa je tapi lauk pauk fuhhh memang awesome tau. Kami makan selera tak pandang orang belakang dah. Isi perut kenyang-kenyang sebab lepas ni banyak lagi tempat nak tuju. Pemuda motor tambang nak bawak kami tengok gajah!

Pengalaman menarik, nanti saya kongsikan tunggu sambungan di part 4 ye. Bye..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Unknown

    wow best nya mommy jalan2 krabi… 🙂