Petua Hilangkan Batuk

Sekarang musim agaknya ramai juga yang mengalami batuk-batuk, selsema. Minggu sebelumnya suami yang terkena batuk-batuk agak teruk juga, tiba minggu ini pass baton la pulak pada saya.

Kali ni batuk bukan biasa-biasa, siap hilang suara. Pakej lengkap bersama selsema. Sungguh seksa lah kalau ala-ala bercakap bahasa isyarat ni kan. Tapi ada baiknya juga kerana boleh belajar lebih sabar kerana tidak boleh marah atau jerit jika anak-anak terpanjat grill atau buat aksi-aksi stunt lain. Tabah mama minggu ni hehehe

Mula-mula eksyen konon tak nak ambil apa-apa ubat tapi maklumlah kalau batuk tahap virus ni memang kena berusaha jugalah untuk baik pulihnya. Baru tadi selesai minum air asam jawa. Bukan minum sahaja malah meratah isi sekali dengan harapan esok akan kembali suara merduku.


petua rawat batuk



Dalam pada tiada suara tu ramai rakan-rakan cadangkan pelbagai petua. Eloklah saya senaraikan di sini mana tahu boleh diguna oleh orang lain pula kan. Antara petuanya adalah:

1. Minum air asam jawa
2. Minum sesudu kicap yang diperah asam limau.
3. Minum air selasih
4. Minum air barli
5. Minum air asam limau bersama madu.




Memang menarik semua petua-petua itu tapi memandangkan bahannya tiada maka kenalah postpone hasrat kena pegi beli keperluan dulu nampaknya. Moga lepas ni sakit tekak akibat batuk ini beransur pulih. Hilang suara, hilang tenaga:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply