Cara Buat Masker Taraf Dunia Hanya Dari Dapur


Hari minggu semalam terfikir nak buat eksperimen. Bila tengok wajah-wajah suci anak dengan kulit tiada cela boleh rasa jeles. Motif nak jeles? Sebenarnya sebab tiada aktiviti nak buat maka bolehla merawat muka. Kalau harap nak pergi buat facial atau ber spa tidak usah beri harapanlah. Masa untuk ke sana pun terhad jadi muhasabah diri, buat kat rumah pun boleh cantik gebu kan.




masker semulajadi vitamin e dan e




Ok untuk permulaan mestilah ada bahan-bahannya. Mudah sahaja hanya perlukan satu tablet Vitamin C dan satu Vitamin E



cara buat masker vitamin c dan e



Setelah dapat bahan-bahan tadi, tumbuk Vitamin C sehingga lumat. Ikut keselesaan anda tapi lebih baik biarkan sampai betul-betul hancur.



cara buat masker vitamin e




Setelah itu, pecahkan satu biji Vitamin E (potong guna pisau pun boleh) dan campurkan bersama Vitamin c yang telah ditumbuk tadi.






Gaulkan dengan jari pun boleh. Bagi sebati dan campur sedikit air supaya tidak terlalu kering. Lepas tu bolehla tepek kat muka seperti gambar model di bawah:)


cara membuat masker vitamin c dan e
Model Tanpa Bayaran


Tepek kat muka sehingga kering dan bolehla dibilas. Nanti anda akan rasakan kulit lembut, tegang dan cerah. Cubalah kalau nak rasa keistimewaannya. Saya pakai sekali cuba jerawat yang baru nak tumbuh cepat je kecut. Hari ini adalah percubaan kedua. Selepas seminggu kita update lagi wajah terkini setelah pemakaian yang konsisten ye. Selamat menggebu dan mencerahkan kulit wajah 🙂

suci murni tanpa sebarang mekap okeh!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply