Simpanan Tabung Haji Anak-anak


Saya masih ingat lagi dulu masa kecil ma dan abah ada membuka akaun simpanan tabung haji untuk kami. Sayu pula mengenangkan, abah dan ma memperuntukkan RM10 setiap kami adik beradik untuk disimpan dalam tabungan. Memang terkesan di hati terasa syukur dan bertuah memiliki ibu bapa yang sangat prihatin dan mendidik kami menyimpan.

Sebab didikan itu apabila sudah mepunyai anak-anak, saya mengambil inisiatif untuk membuka akaun anak-anak seawal usia. Saya masih ingat dahulu semasa anak masih seorang dan saya juga masih bekerja di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia, saya membuat potongan gaji sebanyak RM50 setiap bulan untuk dimasukkan dalam akaun tabaung haji Sarah. Tapi lama kelamaan seiring dengan pertambahan gaji, saya mula menambah menjadi RM100 setiap bulan. Begitulah seterusnya jumlah itu tidak bertambah sehinggalah mendapat anak kedua.

Bila dapat anak kedua saya teruskan juga amalan tersebut dengan membuka akaun tabung haji untuk Aqeef pula. Masih jumlah yang sama kerana rasanya tidak mampu untuk menambah lebih banyak kerana faham sahajalah gaji bulanan bukannya bertambah setiap bulan kan:)

Saya teruskan menabung untuk anak-anak sehinggalah saya berhenti kerja pada Mac 2013. Masa tu mula-mula terfikir juga bagaimana mahu menabung lagi sedangkan saya sudah tidak mempunyai gaji dan tidak dapat dipotong terus dari gaji. Ala itu semua masalah kecil sahaja, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Saya masih lagi boleh menabung dengan jumlah yang sama iaitu dengan mendeposit sendiri secara pindahan dari maybank. Mudah je kan.

menabung dari rumah
inilah tabungan kami – mama, sarah, aqeef



Sebelum berhenti kerja saya sudah tetapkan sasaran, apa yang ada dan dapat buat masa bekerja, mesti takkan berkurang walau sudah berhenti kerja. Kalau berhenti kerja jadi muflis buat apa kan? Kalau berhenti kerja tapi pendapatan tak masuk buat apa jugak? Walau suami boleh beri tapi takkan kita nak harap duit suami semata nak beli benda-benda remeh yang mungkin tiada dalam list atau tak tergamak kita nak minta pada dia kan. Dan alhamdulillah Allah buka ruang itu dalam bisnes shaklee yang saya buat ini. Kalau dulu menabung RM100 sahaja setiap bulan untuk anak-anak, tetapi sekarang alhamdulillah bertambah lagi 0 di belakang. Siapa kata surirumah tak boleh buat begitu? Yang pasti kehendak mengatasi segalanya. Kalau fikir tak boleh dan mahu hidup dalam keadaan “selesa” yang tidak pernah selesa itu, maka hiduplah kita dalam zone tu selama-lamanya. Saya tidak mahu begitu sebab banyak lagi cita-cita yang belum tercapai.

bisnes dari rumah
menabung di mesin air



Sekarang mudah je nak menabung tabung haji, kalau anda ada akaun maybank dan menggunakan maybank2u, boleh terus transfer ke akaun anak-anak. Mudah dan tidak perlu lagi pergi ke bank. Bab nak mudah memang jadi kesukaan saya hehehe, kalau boleh segalanya hanya buat dari rumah.

Memang gembira dapat berikan sesuatu pada keluarga. Sebab itu saya sangat berbesar hati dan nak sangat bantu mereka yang ada impian mahu menjadi surirumah bergaji macam saya. Boleh kita kongsi-kongsi tips bagaimana menjaga keluarga dan menjana duit untuk kesenangan dunia akhirat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has 2 Comments

  1. Faiz Saaid

    hoo, dulu ada buka akaun tabung haji, tapi sekarang ni simpan emas dan perak untuk anak

  2. Anonymous

    Bagus buat simpanan dengan tabung haji. Akan tetapi saya ingin mencadangkan tentang plan Mabrur dari Etiqa. Plan ini mempunyai banyak kelebihan. Antaranya : 1) Bonus akan diberi bermula tahun ke 3 sehingga tempoh matang ke dalam akaun tabung haji. Puan akan menikmati Ini bermaksud akan mendapat dividen 7% daripada Etiqa & 7% daripada tabung haji 2) Mendapat elaun Umrah = RM 1000 3) Mendapat elaun Haji = RM1000 4) Mendapat elaun penjagaan anak = RM 1000 5) Elaun Ihsar = RM1000 6 Badal Haji = RM3000 . Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya FATIN di 013 3092064