Zizan Razak Bersama dalam Iftar Shaklee?

You are currently viewing Zizan Razak Bersama dalam Iftar Shaklee?


Semalam majlis berbuka puasa paling best rasanya. Dapat bawa seluruh keluarga (anak-anak dan suami), bukan satu kampung hihii. Kami mendapat jemputan dari pihak Shaklee Malaysia untuk bersama memeriahkan majlis berbuka puasa yang dikhaskan untuk kami, rasa bertuah tak sangka dijemput sama:)

Kisahnya semalam selepas suami pulang dari kerja, saya awal-awal lagi sudah siapkan anak-anak. Takut jem la kan, mana taknya dari subang jaya nak menghala ke KL faham ajelah kalau sudah waktu petang. Tapi perjalanan semalam begitu lancar seadanya, kami ambil masa dalam setengah jam sahaja untuk sampai di sana walau jangkaan mesti rempuh jem selama satu jam. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya.

Sampai-sampai aje berpusing mencari parking. Biasalah bulan puasa ni mana hotel yang tak penuh dengan majlis berbuka. Tapi oklah dipermudahkan juga mencari parking. Itupun setelah dua kali pusing hihii. Smapai-sampai je di lobi hotel, meriah pulak dengan kehadiran artis-artis entah dari mana agaknya ada majlis berbuka juga la kot. Antara yang sempat mata ini menyambar pandangan adalah Johan Raja Lawak dan isteri, Shidi Razak, Lady Gaga Malaysia dan ramai lagilah tak sempat nak jeling. Dan secara siaran terus menerusnya kami terus menuju ke Vasco’s Restaurant untuk berjumpa rakan-rakan di sana. Jam sudah menunjukkan jam 7 petang.

Maka tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu untuk berbuka la kan. Biasala makan bawa anak-anak, makanan anak-anaklah yang dicari dulu. Selesaikan makanan diorang maka masanya untuk memilih makanan mama:) Okla makan punya makan, disebabkan masa suntuk jadi kami ke surau dahulu di tingkat 10. Ikutkan nak makan lambat lagi nak habis kan, jadi untuk lebih tenang silalah menunaikan kewajipan maghrib dahulu.

maaf, expose mistik, dalam surau pun nak snap gambar


Maka setelah selesai menunaikan yang wajib maka kami turun kembali ke tempat tadi bagi menyelesaikan masalah perut pula hihii. Sambil-sambil tu biasala sesi bersuai kenal dan borak-borak, halatuju bisnes dan macam-macam cerita. Meriah sangat dengan anak-anak ada yang dah terlepas kat atas meja, bawah meja. Hmmm family oriented betul. Inilah bisnes shaklee kami, di mana-mana sahaja anak-anak dan keluarga adalah nyawa. Maka harus dibawa bersama kerana rezeki yang diberi adalah juga dari rezeki anak-anak.

 
Tatapilah gambar-gambar yang sempat diambil semasa di sana.
 
my mentor Master Lyna Noh
siapa paling mithali kat sini?
 
Dipendekkan cerita maka oleh kerana sudah menjelang jam 930 malam maka saya dan suami serta anak-anak meminta diri untuk pulang dahulu. Yela perut dah kenyang, cerita pun dah masuk penuh tepu dah, apa lagi, rumah memanggil. Semasa pulang kat lobi lagi terserempak pula dengan Zizan Razak. Sungguh ramah tamah, memang baik habis. Biasa dengar artis-artis sombong tak hingat kan, tapi yang ini memang sopan beretika dulu. Apa lagi tidak melepaskan peluang sempat juga bergambar sekeping dua.
 


Kami meninggalkan Hilton Hotel dengan seribu satu kemanisan dan kenangan. Moga jumpa lagi dalam majlis-majlis yang lain:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has One Comment