Kenangan Puasa Tahun Lepas


Bila mengenangkan memori puasa tahun lepas, sudah pasti saya teringatkan keadaan semasa bekerja pada masa itu. Iye memang seronok kerana waktu itu kami kadang-kadang ada juga membuat aktiviti “tapau” besar besaran di pasar berhampiran. Tapi itu jaranglah jugak dibuat kerana lebih selesa membeli makanan di bazar ramadhan berhampiran rumah sendiri. Walhal sebenarnya malas nak keluar dengan keadaan yang panas. Al maklum semuanya agak merasakan seperti puteri lilin gamaknya.

Sebelum kita mengupas lebih lanjut bab beli juadah puasa tu, kita imbas dahulu keadaan sebelum pergi kerja. Selepas sahur memang agak kelam kabut kerana perlu sediakan apa yang patut terutama bekalan makanan anak-anak di siang hari. Yela takkan anak-anak kecil baru 2 tahun nak expect suruh puasa kan:) Maka jangkawaktu dari persediaan bersahur sampailah masa hendak masuk kereta pergi kerja digunakan sepenuhnya.

suasana puasa ramadhan
ini bukan bazar ramadhan berhampiran rumah saya



Yang masih segar diingatan adalah bila tiba waktu habis kerja. 15 minit sebelum balik sudah kemas meja. Nampak sangat tak menyabar nak balik. Yelah maunya tak menyempat nak balik, kalau agak kerajinan menjelma masa tu sempatla masak, kalau tidak saya akan membuat pemanduan terus menerus ke bazar ramadhan berhampiran untuk membeli juadah berbuka. Adus memang kesiksaan rasanya sebab saya adalah sejenis spesis yang tidak sukakan keadaan ramai-ramai seperti di bazar ramadhan.

Hari ni baru sehari kita berpuasa untuk tahun ini. Ini puasa pertama setelah saya berhenti kerja pada awal tahun ini. Perasaan yang sungguh berbeza! Selepas sahur boleh berlenggang kangkung tidak perlu terkejar-kejar. Relax minda dan tenaga fizikal hihi. Selepas suami ke tempat kerja, saya siapkan anak untuk ke sekolah. Memang saya dulu berangan bilalah agaknya dapat merasa hantar suami depan pintu nak pergi kerja, hantar anak-anak sekolah. Angan-angan itu jadi kenyataan, dimakbulkan oleh Dia. Alhamdulillah…

Juadah berbuka juga dapat sediakan sendiri, tak perlu lagi buat pelaburan di bazar ramadhan yang adakalanya tidak menepati citarasa. Bukan adakala, kebanyakan memang tidak menepatilah kan. Mana nak sama dengan masakan rumah. Tak lojiklah nak bandingkan. Kecik hati penjual bazar ramadhan.


oh my ramainya manusia



Maka hari ini saya berjaya menyiapkan juadah untuk sahur. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa juadah sahur, bukan juadah berbuka? Sebab hari ini suami saya memberikan satu hadiah istimewa (tak istimewa sangat la pun tapi sebab mengidam dia layanzzz je). Kisahnya minggu lepas sebelum puasa saya mengidamkan Nasi Beriani Bukhara. Tapi sebab tiada rezeki, dah pergi ke kedai tu, nasi yang diidamkan pula tiada. Hampa balik dengan hati sedih. Maka hari ini suami tebus balik dengan belikan Nasi Beriani Bukhara sorang satu. Nah, ambik nak makan sangat kan. Itulah kisahnya kenapa saya tak masak hari ini. Tapi dalam tak masak tu, saya berjaya siapkan masakan sahur ok. Masakan sahur simple sahaja. Masak lemak ikan tenggiri, sayur goreng dan ikan goreng sahaja. Cukuplah untuk keluarga kami yang kecil ni.


bukhara beriani
sedap menjilat jari


Hajat hati nak jugak upload masakan sahur, tapi disebabkan saya malas untuk pergi ke dapur dan snap gambar maka lupakanlah impian murni itu. Nanti kalau upload banyak-banyak gambar makanan jadi lain pulak konsepnya. Asyik nak makan je keje kan. Kata puasa perlualah tahan nafsu semua. Sebelum tu pesanan penaja, jangan lupa minum Performance Drinks dan ESP sepanjang puasa ye. Wassalam..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply