Berita Baik Buat Ibu Yang Mabuk Hamil


Saya nak share harini tentang mabuk hamil atau “morning sickness” kata orang putih. Tidak perlu bagi contoh orang lain, ianya sangat dekat dengan saya kerana kedua-dua kali mengandung saya mengalami mabuk hamil yang sangat teruk!

morning sickness



Mungkin ada yang kata mengada-ngada bila ada ibu yang mengalami mabuk hamil terutama yang teruk. Tapi hanya mereka yang mengalaminya sendiri sahaja yang akan memahami. Sebab tidak semua ibu hamil yang akan mengalami mabuk hamil, ada yang sedikit sahaja mabuknya, ada yang tidak mabuk langsung! Jadi jangan cepat bagi andaian ye, sememangnya mabuk hamil yang teruk adalah kenangan yang amat ditakuti namun amat bermakna.

Ada juga pendapat setiap kehamilan tidak sama mabuk hamilnya. Ada masa mengandung anak pertama tidak kena mabuk hamil, kehamilan kedua pula mabuk teruk. Ada juga yang sebaliknya. namun ada jugak yang kedua-duanya sama sahaja. Itulah pengalamanku hihii. Pengalaman mabuk hamil pada dua-dua kehamilan menyaksikakan kedua-dua kali masuk hospital kerana kekurangan air dalam badan. Apakan daya namunada hikmah disebaliknya. Inilah hikmah yang saya ingin ceritakan. Yang mabuk hamil adalah sesuatu berita baik buat ibu hamil.

mabuk hamil



Kelebihan Mabuk Hamil (Morning Sickness)

1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguran adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.

2. Mengurangkan risiko kelahiran pra matang atau bayi tidak cukup bulan.

3. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.

4. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkatkan dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.

5. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan bayinya.

6. Ukuran placenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu sendiri tidaklah naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada placenta menambahkan ukurannya! Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.

Seronok tak dan rasa positif tak bila mengetahui yang mabuk hamil merupakan tanda positif pada anda. Jadi moga ibu-ibu yang mengalami mabuk hamil yang teruk dapat rasa sedikit lega. Namun ini tidaklah bermakna ibu-ibu yang langsung tidak mengalami mabuk hamil mempunyai risiko yang tinggi dengan kandungannya. Namun segala apa yang berlaku semasa kehamilan adalah kenangan terindah pada ibu, tidak akan boleh dikutip dan diulang lagi. Selamat melalui fasa melahirkan selepas ini 🙂

morning sickness



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply