Kematian Mengejut Pada Bayi (SIDs)


Kematian mengejut pada bayi? Suddent Infant Death Syndrome (SIDs) begitu ditakuti oleh ibu bapa kerana ianya boleh berlaku secara mengejut semasa bayi anda tidur. Kematian semasa tidur yang kalau boleh kita sebagai ibu bapa sangat ingin mengelak kejadian seperti itu berlaku kepada bayi anda.

cara tidur bayi



Kematian mengejut ini masih lagi menjadi misteri dan belum ada kajian yang menyeluruh membuktikan sebab kenapa ianya berlaku. Kebiasaannya ia lebih berisiko 50% terjadi kepada bayi lelaki.

Antara Faktor Penyebab Kemungkinan Berlaku SIDs

  • bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah
  • bayi terdedah kepada asap rokok
  • posisi tidur (lying on the stomach)
  • Tidak menyusu badan
  • Lebihan pelbagai mainan/barangan/kain di tempat tidur bayi
  • Kelahiran pramatang
  • bayi yang ibunya merokok semasa kehamilan

ibu-ibu jangan merokok semasa hamil ye



Cara Mengatasi Kematian Mengejut Di Kalangan Bayi (SIDs)

  • Pengudaraan yang baik dalam bilik bayi
  • tilamnya tidak harus dilambakkan dengan pelbagai benda seperti mainan, bantal, selimut tebal. Cukuplah hanya selimutkan anak anda paras dadanya bukan sampai ke muka.
  • Menyusukan bayi anda dapat merendahkan risiko SIDs
  • Hindari dari menggunakan “bumper pad” –  The presence of bumper pads in a crib may also be a contributing factor for Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). These products may reduce the flow of oxygen rich air to the infant in the crib. Furthermore, proposed theories indicate that the re-breathing of carbon dioxide plays a role in the occurrence of SIDS.
jangan sesekali tidurkan anak sebegini

Jadi ibu bapa di luar sana, jangan ambil mudah ye perkara ini. Walau tidak berlaku pada kita namun sebolehnya elakkan perkara-perkara yang mengundang ianya terjadi. Si manja kita adalah nyawa ibu bapa.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has 2 Comments

  1. Unknown

    Baru baru ni ada member cerita anak member dia baru 2bulan meninggal sebab sids ni. Tambah sedih lagi persiapan utk stok susu dah lengkap. Takut sangat benda macam ni..tapi ada doc ckp kalau tidur meniarap elok utk perkembangan otak and paru2. Tp kena observe. Hope dengan info ini…kita semua akan alert