Kebas Tangan Tanda Kurang Kalsium

Pernah tak rasa kebas-kebas tangan? Atau kebas-kebas kaki pun termasuk jugaklah tu. Terutama bagi ibu-ibu mengandung rasanya ianya keadaan yang biasa terjadi kan. Antara petanda tidak cukup kalsium adalah kita akan berasa kebas. Kena semak balik cukukah kalsium yang kita ambil setiap hari? Bagi yang tidak minum susu semasa mengandung lagilah hebat kesannya. Semasa menyusu pun penting jugak kalsium untuk menjaga tulang si ibu pula.

kekejangan kaki



Dos yang disarankan diambil oleh ibu hamil dan menyusu adalah sebanyak 1000mg sehari. Kalsium sangat penting ye waktu ini kerana kita memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang dan mengelakkan terjadinya kereputan tulang (osteoporosis) di kemudian hari. Jangan lupa kesihatan sendiri walaupun anda begitu utamakan kesihatan anak. Sebabnya, sayangi diri sendiri, bila badan sihat, barulah boleh jaga anak dengan sempurna. Jadi mari kita lihat balik apa makanan harian yang boleh kita ambil untuk memastikan kita cukup kalsium harian.

ostematrix shaklee



Makanan Yang Tinggi Kalsium

  • dadih, yogurt, susu
  • keju
  • soya
  • bayam
  • badam yang dibakar
Jadi selain dari ambil makanan-makanan yang tinggi kalsium ini, jangan lupakan vitamin antenal yang dibekalkan oleh klinik (biasanya diberi semasa tempoh kehamilan). Sudah bersalin lagi lah perlu ambil kalsium untuk teruskan khasiat semasa menyusu badan pula. Jangan ambil mudah sebab nanti anak sihat tapi diri sendiri dalaman rosak tiada gunanya kan. Bukan untuk kepentingan anak sahaja, tetapi hargai kesihatan diri untuk suami dan keluarga tersayang.

Memilih Pil Kalsium

Bukan semua pil kalsium adalah sama ye. Pertamanya pastikan kandungannya bukan mengandungi kalsium semata. Mesti didatangkan bersama pasangannya iaitu MAGNESIUM dan Vitamin D kerana ia membantu penyerapan kalsium yang lebih baik. Jika tiada pasangannya ini maka agak sukar kalsium diserap oleh badan.

Juga pastikan jenis kalsium yang diambil. Ianya ada 2 iaitu kalsium sitrat dan kalsium karbonat. Kalsium sitrat adalah jenis yang paling mudah diserap badan. Manakala kalsium karbonat memerlukan asid perut untuk bantu cernakannya. Maka bila perlukan asid perut, kita digalakkan mengambilnya selepas makan.

Jadi ibu-ibu semua jika anda alami rasa kebas-kebas, cepat-cepat telan kalsium ye. jangan lupa bagi suami sekali:)

ostematrix untuk ibu hamil

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply