Hebatnya Susu Ibu!

Jika zaman datuk nenek kita dahulu, penyusuan susu ibu boleh dikatakan berleluasa gitu. Macam tidak kena pula perkataan berleluasa itu. Tapi itulah hakikatnya pada zaman itu sesiapa sahaja rasanya mengamalkan penyusuan susu ibu bukan?

susu badan banyak



Yang bagusnya zaman sekarang pun kesedaran penyusuan susu ibu semakin baik. Rata-rata ramai ibu-ibu yang telah mula menyedari kepentingan penyusuan susu ibu. Memang banyak kelebihan penyusuan susu ibu ini dan bila kita sedari betapa hebatnya susu ibu, semakin hati kita akan berusaha untuk menyusukan bayi masing-masing.

Kelebihan Susu Ibu

  • mempunyai antibodi tidak seperti susu tepung. Jadi untuk beberapa bulan pertama yang kritikal, bayi anda akan dilindungi terutamanya dari kembung perut, jangkitan telinga, jangkitan pundi kencing atau pun demam.
  • Oleh kerana susu ibu adalah semulajadi, maka ianya juga boleh mengurangkan allergic atau alahan pada bayi anda seperti asma dan ekzema. 
  • Paling baik adalah susu ibu sangat bagus untuk perkembangan otak. Penyusuan eksklusif akan merangsang dan mempertingkatkan pertumbuhan cognitif bayi. Jadi bayi juga lebih cerdik.
  • Untuk ibu yang menyusu, akan mengurangkan risiko anda diserang kanser ovari, kanser payudara atau sakit yang serius di kemudian hari.
  • Susu ibu tidak perlu disteril, tidak perlu dibasuh, maka ianya mudah, bila-bila masa boleh berikan pada bayi tanpa tercemar.
Dengan menyusu badan juga akan menguatkan “bonding” antara ibu dan anak. “Bonding” yang terjadi hasil penyusuan susu badan tidak dapat dibanding.

Siapa kata menyusukan bayi adalah susah? Mahukan yang terbaik, pasti kena buat yang terbaik!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply