Bila Ingin Memulakan Solid Food Kepada Bayi

solid food

Ibu-ibu pasti teruja bila pertama kali ingin memperkenalkan makanan pejal pada bayi. Dalam pada teruja tu, jangan lupa bahawa adalah tidak sesuai memperkenalkan makanan pejal terlalu awal pada bayi. Paling sesuai adalah setelah bayi berusia 6 bulan dan ke atas.
Bagaimana kita ingin mengenal bahawa bayi kita sudah mula sepatutnya makan? Ada caranya. Ibu-ibu boleh melihat dari petanda ini:
1. Bayi boleh duduk (dengan sokongan), dan boleh tegakkan kepala dan lehernya dengan baik.
2. Berat badan bayi sudah sekali ganda dari berat badan asal semasa lahir.
3. Bayi mula menunjukkan minat bila tengok kita makan dan adakalanya cuba ingin mengambil makanan yang sedang kita makan.
4. Bayi sudah boleh mengawal makanan dalam mulutnya.
5. Bayi menunjukkan rasa tidak cukup atau lapar dan memerlukan lebih bila kita baru selesai manyusukannya. Seolah macam tidak cukup dan menyusu lebih dari biasa.
Sememangnya inilah masanya yang terbaik kerana sistem penghadaman bayi sudah boleh menerima solid food. Pastinya ianya pengalaman baru bagi ibu-ibu terutamanya yang mempunyai bayi pertama. Kongsikan saat-saat gembira memperkenalkan bayi makanan pertamanya bersama suami. Barulah best!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply