Kepentingan Vitamin Semasa Menyusu Badan

Semasa disahkan mengandung, hati berbunga-bunga dan sudah tentu excited bukan. Apatah lagi jika itu adalah kandungan pertama, ibarat menatang minyak yang penuh. Bila tibanya hari untuk ‘checkup’, pastinya doktor akan bekalkan beberapa jenis vitamin sesuai dengan keperluan semasa mengandung untuk memastikan kesihatan ibu.

Apakah vitamin yang biasanya doktor akan bekalkan?

1. Asid folik – yang ni ramai yang sedia maklum fungsinya adalah untuk menjaga kandungan terutamanya mencegah kecacatan neural tube bayi. Untuk info lanjut boleh klik sini.

2. Multivitamin (obimin) – ini adalah untuk kesihatan dan kecergasan ibu menyeluruh. Tapi sejak mengenal Shaklee saya sudah tidak mengambil obimin lagi, cukup hanya mengambil Vitalea Shaklee sahaja. Apa ada dalam VITALEA ini? Baca lanjut di sini.

3. Kalsium – pil kalsium ini untuk kesihatan tulang ibu kerana bila mengandung kehilangan kalsium adalah kritikal, jadi untuk seimbangkan balik mesti mengambil kalsium. Saya juga mengamalkan pil kalsium yang lebih best iaitu OSTEMATRIX kerana ianya bukan semata ada kalsium malah ditambah dengan magnesium dan Vitamin D yang mana jika ada campuran ini maka kalsium mudah diserap dengan baik dalam badan.Info lanjut tentang kalsium di sini.

Semasa mengandung kita memang berwaspada dan inginkan yang terbaik untuk bayi kan? Tetapi ramai ibu menyusu yang lupa bila sudah melahirkan. Semasa menyusukan bayi, keperluan vitamin juga adalah kritikal. Bila ibu menyusu, kehilangan kalsium adalah kritikal terutama jika kita tidak mendapat kalsium yang secukupnya dari makanan tambahan lagi mereka yang tidak sukakan ‘dairy product’. Bagi mereka yang bimbang tidak mendapat zat kalsium yang cukup, perlulah mengambil pil kalsium untuk menjaga kesihatan tulang.

Selain kalsium, vitamin-vitamin lain juga perlu untuk kecergasan dan stamina seorang ibu. Untuk maklumat lanjut tentang cadangan vitamin semasa menyusu boleh tengok sini.

Semoga ibu menyusu semua sedar betapa pentingnya vitamin untuk kesihatan diri sendiri untuk kita mampu menjaga keluarga dan menguruskan aktiviti harian.

http://permatacintaku.blogspot.com/2012/08/kepentingan-vitamin-semasa-menyusu-badan.html

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply