Tips Menjayakan Penyusuan Ibu

Macam-macam tips yang boleh kita amalkan dalam menjayakan penyusuan ibu tetapi apa yang paling penting ibu sendiri mesti ada keazaman yang kuat untuk berjaya. Ibarat kalau angan-angan kosong tanpa bertindak adalah sesuatu yang mustahil.

Apa tips yang boleh kita ikut untuk membuatkan kita jadi ibu yang hebat dalam arena penyusuan ini?

1. Azam yang kuat
Dari sejak awal semasa mengandung lagi mesti tanamkan niat untuk susukan bayi sepenuhnya. NO MILK POWDER! Walau apa terjadi yakin dengan susu ibu.

2. Usaha
Carilah ilmu tentang penyusuan ibu sebaik mungkin. Fahami basic penyusuan. Asas-asas yang perlu kita tahu seperti cara susukan bayi dengan betul, cara pemyimpanan susu, bagaimana ingin menggalakkan pengeluaran susu dan sebagainya. Bila sudah memahami yang asas, mudah untuk kita proceed ke arah yang lebih detail. Dengan menguasai ilmu asas penyusuan juga membuatkan kita yakin yang kita mampu lakukan sepertimana ibu-ibu menyusu yang lain.

3. Menanti dengan tenang
Bila tiba saat untuk memulakan penyusuan, ingat semua ilmu-ilmu yang dipelajari kerana saya yakin tanpa ilmu seseorang ibu mungkin akan mudah tewas dengan cabaran yang mungkin tiba dalam penyusuan. Good Luck untuk semua ibu baru. Stay calm and relax. Enjoy your breastfeeding journey.

Saya kongsikan pengalaman seorang ibu yang berjaya menyusukan bayinya dan juga seterusnya dapat menyimpan stok susu dengan jayanya.Moga menjadi inspirasi kepada ibi-ibu di luar sana.

Kenapa beliau boleh berjaya? Sudah tentu dengan ilmu penyusuan yang dimiliki. Hasil yang beliau dapat bukannya datang dengan goyang kaki tetapi beliau amalkan rutin mengepam yang sangat-sangat perlu dibuat. Tengok tips beliau bagaimana stok tersebut berjaya disimpan sebegitu.

Tiada yang mustahil bagi seorang ibu untuk mendapatkan hasil seperti ini. Anda pun boleh!

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply