Susu Ibu Vs Susu Tepung

Susu ibu

Nilai khasiatnya memang tidak terbanding walau dinilai dengan susu lain berjenama mahal. Alangkah bagusnya jika semua ibu di luar sana menyedari kepentingan susu ibu terutamanya kepada bayi di bawah umur 6 bulan?

Susu ibu mengandungi antibodi yang amat diperlukan oleh bayi baru lahir. Dengan antibodi yang didapati dari susu ibu, memberikan bayi pertahanan untuk sistem tubuhnya yang masih lemah. Sebab itu bayi pramatang amatlah digalakkan untuk diberi susu ibu untuk membantu bayi melalui proses tumbesaran dengan lebih cepat.

Kandungan GA (gangliosida) dalam susu ibu adalah lebih banyk dari susu biasa.Kandungan GA adalah sangat penting untuk pembentukan otak yang sihat.Ketika lahir, bayi mempunyai 100 million sel otak dan GA berfungsi untuk menghubungkan sel-sel otak ini.Bukan itu sahaja, susu ibu mengandung taurina, DHA dan AA juga yang tentunya sangat baik untuk perkembangan otak. Pemberian susu ibu secara eksklusif kepada bayi sehingga 6 bulan akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi di masa depan.

Susu ibu mudah dihadam oleh perut bayi yang masih belum matang. Secara tak langsung melindungi perut bayi dari kolik, kembung, sakit perut dan sebagainya.Juga tahap kebersihan susu ibu tidak perlu dipertikaikan kerana ianya adalah steril, tidak perlu dibancuh dan boleh dibawa ke mana sahaja:)Bertuahnya bayi yang mendapat susu ibu!

Kolostrum yang terhasil di awal kelahiran sangat penting kepada bayi kerana ianya mengandungi ‘zat emas’ iaitu kaya dengan protein dan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi.

Apa yang penting ‘bonding’ adalah sangat ketara jika bayi disusukan dengan susu ibu. Ibu dapat menjalinkan ikatan yang lebih erat dengan bayi, dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Betapa syahdunya bila mata bertentang mata semasa proses penyusuan berlaku. Bayi dan ibu saling berpandangan dengan perasaan kasih yang sangat erat.

Susu Tepung
Pelbagai jenama di pasaran dan sudah tentunya dengan harga yang pelbagai. Pelbagai zat tambahan yang dipaparkan oleh pengeluar susu. Kepentingan DHA, AA sebagainya dititikberatkan namun betapa terkenal atau mahalnya susu tepung, kandungan khasiatnya jauh tidak dapat menandingi susu ibu. Kadar keperluan khasiat/zat yang diperlukan bayi tidak sama dengan yang lain. Susu ibu sahaja yang berupaya berubah mengikut keperluan.

Zat tambahan dalam susu tepung tidak mampu menandingi susu ibu kerana proteinnya susah dihadam oleh bayi. Tiada susu tepung yang boleh menandingi kehalusan molekul susu ibu. Denagn itu bayi akan mudah mendapat kolik atau sakit perut kesan dari molekul protein yang susah dihadam oleh perut.

Susu tepung terdedah kepada bakteria jika tidak betul cara pengendalian.Susu yang dibancuh terdedah kepada bakteria jika puting dan perlatan botol tidak dibersihkan dengan betul. Risiko susu yang rosak boleh memberi kesan dan ancaman yang berbahaya pada bayi. Susu yang rosak sudah tentu akan mengakibatkan kesan negatif pada bayi.

Susu tepung perlu dibeli, pelbagai harga dan agak membebankan pada keluarga terutama jika mempunyai anak yang ramai. Tidak syak lagi susu ibu adalah yang terbaik!

Leave a Reply