Power Pumping- adakah sepower namanya?

Salam Ramadhan semua. Sekejap rasanya masa berlalu dah masuk minggu kedua kita berpuasa kan. Moga semua ibu-ibu dapat menjalani ibadah puasa dengan ceria gembira dan sihat. Jom kita kongsi cerita tentang POWER PUMPING pulak hari ini.

Mungkin ada kalangan ibu yang sedia maklum apa itu POWER PUMPING kan? Kalau yang sudah tau, boleh juga baca sekadar untuk hiburan hehehe…
Untuk yang belum tau apa itu POWER PUMPING, sila baca sampai habis ye.

APAKAH ITU POWER PUMPING?
– ianya adalah satu teknik/cara mengepam yang boleh membantu para ibu meningkatkan hasil pengeluaran susu.

CARANYA?
Bagi yang mempunyai single pam buat macam ni:
— pam breast 10 minit sebelah kanan, lepas tu tukar breast sebelah kiri pula selama 10 minit juga. Lakukan berulang-ulang 10 minit setiap breast selama 1 jam. Taraaa! Dah siap.

Bagi yang mempunyai double pam buat macam ni:
— pam selama 10 minit, stop 10 minit, pam lagi 10 minit, stop..lakukan berulang-ulang sampai 1 jam. Taraaaa..yang ni pun dah siap!

APA FAEDAH BUAT MACAM NI?
– banyak faedahnya. Lakukan sekerap yang mungkin, kalau rajin boleh setiap hari. Kalau agak-agak tiada kesempatan masa, buat 2, 3 kali seminggu pun sudah memadai. Penting untuk kita lakukan POWER PUMPING ini kerana hasilnya ibu akan mendapat hasil susu yang lebih banyak. Bukan susah nak buat pun kan. Bila dapat hasil sape yang untung, anda dan bayi anda sudah semestinya!

BERAPA LAMA AKAN NAMPAK KESAN?
– bergantung pada individu. Bukan mudah hendak mendapat susu yang banyak dalam sekelip mata. Buat je, jangan asyik pikir bila la susu nak banyak ni? InsyaAllah akan adanya rezeki. Percaya dan DOA ye. Kebiasaannya seminggu selepas tu sudah dapat tengok hasil. Ingin merasainya? Cubalah!

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

This Post Has 6 Comments

  1. Anonymous

    boleh cubalah lepas ni.B sebelah kanan saya kurang susu.kalau buat power pumping blh tambahkn susu ke?susu blh B kanan kurang sbb niple tsumbat.lama2 baby xbrapa nk hisap.fr ur info, skrg ni saya masih dlm pantang..

  2. cerita ceriti kak sarah

    kalau konsisten buat PP ni insyaAllah susu akan bertambah..patutnya masa dlm pantang ni susu puan mesti bnyk. tersumbat tu menandakan susu banyak tp tak boleh nk kuar. Puan ada amalkan set berpantang shaklee ke sblom ni?

  3. Anonymous

    saya guna set pantang nona roguy.dan dah makan lobak putih, pegaga, minum air longan, susu enfamama tapi susu masih kurang.masa awal pantang,sps mengurut B sebelah kanan saya bengkak jugak, tp oleh kerana lubang nak kuarkan susu xbanyak(ada 2 lubang shj),so baby xnak hisap.lama-lama susu pd B sblh kanan makin kurang.lgpun masa tu belum beli BP lg,so xblh nak pam keluar.tp baru je td,bila sy picit B sblh kanan lubang dh bnk (stlh sy pam bila sedang myusu baby sblh kiri).cumanya B kanan tak bengkak mcm sblh kiri.

  4. cerita ceriti kak sarah

    puan ada buat sesi mengepam yg konsisten tak?cuba kongsikan jadual harian pam dan direct feed pada saya. bg email nt senang kita consult ye.

  5. Anonymous

    pam stp pagi,ptg,mlm dan tengah malam.kebiasaanya 4kali sesi mgepam setiap hari.tp masa bgantung pada keadaan.kalau direct feed pulak, xtentu juga.kalau baby xtido, saya akan bg kecuali dia xnak.email saya [email protected]

  6. Ratu Hati ku

    mcm best je teknik ni..sy xpenah dgr power pumping ni.klu tau dlm pantang hari tu dah bleh buat..