RAHSIA PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA

Ramai antara kita terutamanya ibu muda yang baru mendapat baby pastinya akan memikirkan adakah mampu untuk meneruskan penyusuan ibu sekurang-kurangnya 6 bulan atau sehingga 2 tahun. Tiada yang mustahil untuk mencapai matlamat ini jika ibu-ibu semua telah bersedia dari awal. Apa yg saya maksudkan dengan persediaan awl adalah dari masa mengandung sudah menanam hasrat dan azam utk dapat menyusukan baby. Di sini saya sertakan rahsia/tips utk membantu ibu mencapai apa yg dihajati berdasarkan pengalaman dan sedikit pengetahuan dari saya:

1. Mesti ada KEYAKINAN DIRI. Yakin yg susu pasti ada dan cukup utk baby. Kalau org lain boleh mengapa anda tidak boleh? Adalah agak mustahil seorang ibu tidak menghasilkan susu badan kerana ianya adalah fitrah manusia dan satu anugerah pada insan yg bergelar IBU kecuali insan2 yg diuji dgn sakit yg kronik.

2. Sanggup BERKORBAN utk anak menjadi lebih sihat. Pengorbanan di sini meliputi masa dan tenaga. Penyusuan ibu terutamanya ‘eksklusif breastfeeding’ amat memerlukan tahap kesabaran dan disiplin yg tinggi dr ibu. Bayangkan di tgh2 mlm sedang yg lain lena diukit mimpi, ibu-ibu sanggup bangun utk pam? Betapa besar pengorbanan ibu tak terbanding jika mendapat kepuasan melihat darah daging yg dikandung membesar dgn hasil susu sendiri.!

3. Rajin mencari TIPS & INFO mengenai penyusuan yang berjaya. Ibu2 yg berjaya dalam penyusuan bukanlah boleh berjaya dgn mudah begitu sahaja. Perlu ada ilmu yg bukan sedikit utk meneruskan penyusuan. Dgn ilmu dan tips penyusuan yg dipelajari boleh membantu ibu meneruskan penyusuan dgn lebih mudah, tanpa masalah. Tidak salah jika ilmu yg dipelajari mungkin boleh membantu ibu2 lain yg menghadapi masalah yg sama kan.

Bersambung lagi di entry yg lain..bagaimana utk memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi..see ya!

Leave a Reply